PENYANDANG juara Real Madrid tidak akan memandangkan rendah keupayaan Liverpool dalam perlawanan kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi Khamis.
Malah tegas pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti kelebihan tiga gol dibawa gergasi Sepanyol itu daripada perlawanan pertama di Anfield tidak memberikan sebarangan jaminan kemaraan.
Real Madrid sebelum ini mengintai kejuaraan Liga Juara-Juara ke-15 menyaksikan juara Sepanyol dan Eropah itu bangkit daripada ketinggalan untuk melengkapkan kemenangan 5-2 di Anfield bulan lalu.
Namun Ancelotti berkata, pemainnya tidak akan lupa bahawa mereka perlu bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk memperoleh kemenangan.
Jelasnya, Liverpool mampu untuk mencetuskan kekecewaan dramatik Liga Juara-Juara seandainya Los Blancos memandangkan rendah keupayaan pelawat.
“Kami perlu memulakan permainan dengan lebih baik daripada yang kami lakukan di Anfield. Cari keseimbangan antara pertahanan dan serangan kerana kami telah pun melihat apa yang berlaku dalam tempoh 15 minit pertama semasa kunjungan di sana.
“Kita tidak boleh tertidur dan mencari keseimbangan yang betul dan jangan bermain dengan keputusan dalam fikiran kita. Kami bukan sahaja akan pergi ke sana dan bertahan, kami perlu menggembirakan penyokong-penyokong kami.
“Jadi kami akan melangkah ke padang dengan fokus dari minit pertama dan akan bermain untuk kemenangan. Tidak ada jalan lain,” kata Ancelotti pada sidang akhbar.
Turut segar dalam fikiran Ancelotti ialah perlawanan suku akhir musim lalu menentang Chelsea, apabila Real memenangi perlawanan pertama 3-1 di London namun ketinggalan 0-3 di laman sendiri, terpaksa bangkit untuk mendapatkan keputusan 3-2 yang memastikan tempat dalam separuh akhir.
“Perlawanan Chelsea sangat hidup sentiasa dalam fikiran kami
“Ia akan membantu kami bermain permainan berbeza (pada Khamis)... Kami tidak akan bermain permainan tertutup, bermain bola sepak serangan terbaik kami. Pemain faham itu. Itulah sebabnya saya fikir ia akan menjadi permainan terbuka.
“Kami perlu melakukan kedua-dua perkara dengan baik: bertahan dan menyerang, tetapi kami lebih memikirkan tentang serangan,” kata Ancelotti.
Sementara itu, pemain pertahanan Antonio Ruediger, yang merupakan pemain Chelsea musim lalu, bersetuju dengan pengurusnya tentang sikap yang perlu diambil oleh pasukan itu.
“Kami perlu menghampiri perlawanan dengan lebih baik daripada yang kami lakukan di Anfield, kami tidak mampu untuk tertidur, kami melihat apa yang berlaku.
“Apabila anda bermain menentang Real Madrid, anda merasakan sesuatu yang berbeza dalam suasana Stadium Santiago Bernabeu.
“Bagi saya adalah satu penghormatan untuk berada di sini dan bermain dengan rakan sepasukan seperti (Karim) Benzema dan (Luka) Modric. Kami akan bermain yang terbaik untuk mara,” kata Ruediger. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 15 2023
Carlo Ancelotti bercakap pada sidang media di Ciudad Real Madrid, Valdebebas, Madrid, Sepanyol, 14 Mac 2023. REUTERS
KRI: Bagaimana pandemik COVID-19 mengubah perbelanjaan dompet rakyat Malaysia?
Analisis ini meneroka perubahan ketara dalam pola perbelanjaan isi rumah selepas pandemik. Walaupun pertumbuhan pendapatan adalah perlahan, isi rumah telah menyaksikan peningkatan yang ketara dalam perbelanjaan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bersama Felo Kehormat, Institut Masa Depan MalaysiaDatuk Dr Madeline Berma membincangkan lebih mendalam tentang landskap kewangan yang semakin berubah dan ketidaksamaan yang wujud di antara pelbagai kumpulan pendapatan.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.
Asas ekonomi kukuh, petunjuk pertumbuhan mampan
Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim mengupas berkenaan situasi ekonomi negara ketika ini, termasuk pengukuhan ringgit serta faktor yang bakal mempengaruhi pertumbuhan pada masa akan datang.
Data & Statistik KRI: Perubahan perbelanjaan isi rumah di Malaysia (2019 - 2022)
Pola perbelanjaan isi rumah berubah ketara selepas pandemik, berdasarkan kajian Khazanah Research Institute. Dapatan ini memberikan gambaran mengenai ketidaksamaan kewangan antara kumpulan pendapatan.
AWANI Ringkas: Fatwa GISBH di Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit dbuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, unit tempatan berada pada 4.2160/2240 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2185/2250 pada Khamis.
Konflik Asia Barat: Harga minyak lonjak lebih 5 peratus dalam tempoh sehari
Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok 5.03 peratus pada AS$77.62 setong.
[TERKINI] Harga minyak melonjak lebih 5 peratus akibat konflik di Asia Barat
Harga minyak mentah global melonjak selepas konflik di Asia Barat semakin meruncing. Pada Khamis, minyak mentah Brent naik 5.03%, menokok kepada $77.62 setong, manakala U.S. West Texas Intermediate (WTI) turut meningkat 5.15% kepada $73.71 setong. Kenaikan ini membawa jumlah peningkatan harga minyak minggu ini melebihi 8%, yang tertinggi sejak Januari lalu.
[TERKINI] Perkembangan terkini evakuasi rakyat Malaysia dari Lubnan
Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai empat (4) orang rakyat Malaysia telah
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
NR-REE: Perak lancar 2 inisiatif, pacu revolusi mineral negara
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif itu adalah langkah kerajaan negeri dalam merealisasikan agenda perlombongan bertanggungjawab ekoran penemuan lantanida, sejenis Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering, Hulu Perak.
Ancelotti tidak bimbang kecederaan Mbappe
Jurulatih Carlo Ancelotti meyakinkan peminat Real Madrid berikutan keputusan menggantikan Kylian Mbappe dalam menentang Deportivo Alaves.
Neymar beri amaran, beraksi dengan Mbappe umpama 'neraka'
Gandingan Neymar dan Mbappe sebelum ini pernah menjadi mimpi ngeri buat pasukan lawan ketika beraksi bersama di Paris Saint-Germain.
LaLiga: Carlo Ancelotti bakal kendali aksi ke-300 bersama Real Madrid
Sejak kembali ke Santiago Bernabeu pada 2021, dia telah mengendalikan 180 perlawanan berbanding ketika pada tahun 2013 hingga 2015.
UCL: Jaringan 'pengantin baru' Endrick warnai kemenangan Real Madrid
Stuttgart ternyata menghadirkan tentangan buat Real yang beraksi di laman sendiri, memberikan ancaman untuk mengejutkan juara Eropah 15 kali itu.
LaLiga: Gol berganda Mbappe pastikan Real Madrid atasi Real Betis
Kylian Mbappe menjaringkan gol berganda dalam babak kedua untuk memastikan Real Madrid menewaskan Real Betis 2-0 dalam perlawanan LaLiga.
LaLiga: Endrick lakar sejarah, Real Madrid peroleh kemenangan pertama musim 2024-25
Endrick, yang hadir sebagai pemain gantian, mewarnai kemenangan bergaya dengan gol pada minit keenam dalam masa kecederaan.
'Debut' Mbappe di La Liga tidak seperti diharapkan
KYLIAN Mbappe dilanda kekecewaan penampilan sulungnya dalam saingan La Liga apabila Real Madrid diikat 1-1 oleh Real Mallorca di Estadi Mallorca Son Moix pada awal pagi Isnin.
Gol sulung Mbappe bantu Real Madrid juarai Piala Super UEFA
"Ia adalah malam yang hebat. Ia adalah detik yang hebat untuk saya. Dan kami memenangi kejuaraan, yang penting - di Madrid anda perlu sentiasa menang."
Piala Super UEFA: Ancelotti tidak jamin beri Mbappe penampilan pertama
Ancelotti kekal berahsia mengenai peluang Kylian Mbappe untuk membuat penampilan sulung bersama Real Madrid pada Piala Super UEFA.
La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyarung jersi nombor 9 dan mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar.