Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung penyerang import pasukan Terengganu, Paulo Rangel selama enam bulan berkuat kuasa esok.FAM dalam kenyataan berkata Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya hari ini memutuskan bahawa Rangel didapati bersalah menendang bola ke arah penolong pengadil tambahan kedua dan menolak badan pengadil, yang melanggar Artikel 51 (b) Kod Tatatertib FAM 2015 dan dibaca bersama dengan Artikel 18 para 4 Kod Tatatertib FAM 2015.
Pemain kelahiran Brazil berusia 30 tahun itu melakukan kesalahan tersebut ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dan Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 16 Mei lepas.
"Bagaimanapun, jawatankuasa memutuskan untuk mengguna pakai Artikel 35 Kod Tatatertib FAM 2015 yang mana pemain (Rangel) dikenakan penggantungan selama tiga bulan pertama dahulu (dari 20 Jun hingga 19 Sept) dan baki tiga bulan (dari 20 Sept hingga 19 Dis) adalah ditangguhkan tertakluk kepada kelakuan baik pemain.
"Jika pemain melakukan perlanggaran serius di bawah Artikel 49 Kod Tatatertib FAM 2015, baki penggantungan tersebut akan dikuatkuasakan serta-merta terhadap pemain. Rangel juga diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan," menurut kenyataan itu.
FAM berkata keputusan tersebut boleh dirayu.
Sementara itu, pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pula didenda RM5,000 dan dilucutkan hak bagi perlawanan separuh akhir kedua Piala FA menentang Lions XII kerana kesalahan menurunkan pemain yang tidak layak.
Tindakan JDT II pada perlawanan itu di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada 22 April lepas, didapati melanggar Artikel 57 para 1 Kod Tatatertib FAM berkenaan 'Ketidaklayakkan'.
"Pasukan JDT II juga dikira telah kalah perlawanan tersebut dengan jaringan JDT II 0 - 3 Lions XII, selain diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama," kata kenyataan itu.
Bagi hukuman yang tidak boleh dirayu itu, JDT II bagaimanapun tewas 0-2 kepada juara Piala FA 2015, Lions XII, pada perlawanan tersebut.
FAM, bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemain terbabit.
Astro Arena
Sat Jun 20 2015
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung penyerang import pasukan Terengganu, Paulo Rangel selama enam bulan berkuat kuasa esok. - Foto Astro Arena
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
PPM tumpaskan 7,103 kes jenayah, rampasan bernilai RM210 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia tahun ini sehingga 31 Oktober 2024.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.
'Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya' - Tunku Ismail
Tunku Ismail memberikan bayangan kemungkinan satu kerjasama akan terbentuk bersama FAM dalam tempoh terdekat.
Tiada liga B-15, B-16 punca kegagalan pasukan muda - Pengarah Teknikal FAM
Pasukan akan terus bergelut untuk layak ke Piala Asia B-17 pada masa akan datang jika tiada platform bagi para pemain muda terbaik negara bermain perlawanan kompetitif secara tetap.
FAM dedah sebab pilih Laos jadi lawan Harimau Malaya
FAM menjelaskan sebab pemilihan pasukan di ranking ke-187 dunia, Laos sebagai lawan Harimau Malaya bagi perlawanan antarabangsa Tier 1 pada bulan depan.