Debaran dan keriangan malam semalam berikutan skuad bola sepak negara berjaya mara ke pentas final Piala AFF Suzuki 2014 selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 5-4 pada perlawanan separuh akhir kedua masih dirasai seluruh rakyat Malaysia.

Kegembiraan malam tadi jelas dizahirkan melalui sorakan yang bergema kuat sewaktu sama-sama berhimpun di warung jalanan, restoran mamak atau kafe sukan untuk menyaksikan siaran langsung di kaca televisyen.

Tidak kurang juga mereka yang menyaksikannya bersama ahli keluarga dan teman-teman dalam keselesaan kediaman sendiri.

Sehingga pagi ini, selepas lebih lapan jam perlawanan tersebut berakhir, warga Malaysia terus mencurahkan perasaan bangga mereka kepada skuad Harimau Malaya melalui pelbagai saluran media sosial. Beberapa hashtag seperti #Malaysia, #HarimauMalaya dan #AFFSuzukiCup sehingga kini masih terus trending.










Selain kata-kata semangat dan pujian, sebahagian daripada pengguna Twitter turut bangga melampirkan foto skuad negara mereka:




Terdapat juga pengguna Twitter yang mengingatkan tentang persahabatan dalam sukan dengan menghormati pada pasukan serta penyokong lawan, serta sempat menyindir insiden kurang menyenangkan yang berlaku di tempat duduk penonton pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam:




Atas nama semangat kesukanan, penyokong dari mana-mana negara perlu menyemat pesanan daripada para penyokong skuad bola sepak Vietnam seperti yang tertera pada kain rentang di Stadium Hanoi ini: