Ketua jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk K. Rajagobal menyifatkan teguran Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengenai prestasi semasa skuad kebangsaan yang kian merosot sebagai pandangan positif.
Beliau berkata teguran Tengku Mahkota Pahang itu menjadi pembakar semangat untuk beliau mempersiapkan pasukan pada tahap terbaik bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki bermula 23 Nov ini.
"Bagi saya, kenyataan itu tidak mengganggu persiapan pasukan kerana saya telah melalui situasi sedemikian dan saya tahu apa yang kita buat.
"Pengurus pasukan kebangsaan (Datuk Seri Subahan Kamal) pun sedar apa yang kita buat dan saya fikir kita masih berada dalam perjalanan yang sesuai sebelum bermula kempen sebenar kejohanan," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran jersi baharu skuad Harimau Malaya sempena kejohanan itu oleh Nike Malaysia di Wisma FAM, Petaling Jaya, hari ini.
Tengku Abdullah semalam dilaporkan sebagai bertitah bahawa baginda kecewa dengan persembahan skuad Harimau Malaya yang semakin merosot terutamanya pada perlawanan persahabatan termasuk kekalahan 0-1 kepada Vietnam dan 0-2 kepada Thailand, awal bulan ini.
Baginda mahukan Rajagobal berhenti mencuba-cuba pemain sebaliknya menyenaraikan kesebelasan utama terbaik skuad Harimau Malaya bagi menghadapi kejohanan bola sepak rantau Asean dua tahun sekali itu.
Pada masa yang sama, Rajagobal pula mahu peminat bola sepak tempatan tidak terlalu mendesak skuad kebangsaan untuk mencatat keputusan terbaik dalam setiap perlawanan mereka terutama dalam perlawanan persahabatan.
"Tiada ada satu pasukan di dunia yang mencatatkan kemenangan berterusan, jadi saya berharap peminat tempatan melihat ia sebagai suatu perkara yang positif," katanya.
Mengulas mengenai keenganan beliau mengumumkan senarai akhir 22 pemain yang akan menggalas cabaran negara mempertahankan kejuaraan pada Piala AFF Suzuki, Rajagobal berkata ini bagi memastikan pemain utamanya tidak mengalami kecederaan serius sebelum sepak mula kejohanan.
"(Sehubungan itu), saya memberikan peluang kepada peluang sama rata kepada semua pemain untuk menunjukkan aksi masing-masing kerana saya bimbang tahap kecergasan mereka mungkin berbeza apabila kita memerlukan khidmat mereka dalam sesuatu perlawanan (yang penting)," katanya.
Sementara itu, kapten skuad kebangsaan Safiq Rahim menyeru rakan sepasukan untuk mencatatkan keputusan positif dalam perlawanan persahabatan selepas ini termasuk pertemuan dengan Hong Kong pada Rabu ini di Stadium Shah Alam bagi mengembalikan semula kepercayaan peminat bola sepak tempatan.
"Saya menyeru rakan sepasukan memberikan keputusan yang baik pada perlawanan itu nanti (menentang Hong Kong) kerana ia merupakan antara ujian awal kita sebelum menghadapi Singapura pada perlawanan pembukaan Kejohanan Piala AFF yang sebenar," katanya.
Skuad kebangsaan bakal mengadakan perlawanan persahabatan terakhir menentang Bangladesh pada 20 Nov ini di Stadium Shah Alam sebelum berdepan Kejohanan Piala AFF Suzuki.
Pada Kejohanan Piala AFF Suzuki tahun ini, skuad kebangsaan yang muncul juara pada edisi 2010 di Indonesia diundi dalam Kumpulan B.
Mereka bakal berdepan Singapura pada 25 Nov, Laos pada 28 Nov sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Dis.
Kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Bernama
Mon Nov 12 2012
Program Madani Sarawak dijangka tarik 100,000 pengunjung
Penganjuran Program MADANI Rakyat (PMR) Sarawakku Sayang di Miri pada 27 hingga 29 Sept ini dijangka menarik kira-kira 100,000 pengunjung melalui pelbagai program dianjurkan.
Nuansa Seni edisi ke-5 tingkat martabat busana Melayu tradisional
Penganjur nuansa seni volume 5 Festival Gemilang Seni dan Budaya Sarawak, Dr Sharifah Suzana Wan Shukran berkata keistimewaan konsep pakaian cara melayu dibuktikan dengan wujudnya ciri reka bentuk pakaian tradisional melayu yang diterima sebagai antara identiti budaya Melayu.
Penduduk Kampung Sim-Sim perkukuh perpaduan menerusi Karnival Hari Malaysia
Karnival Kampung Sim-Sim diadakan sempena Hari Malaysia bertujuan mengukuhkan tali silaturrahim antara penduduk.
Kerajan alu-alukan inisiatif baharu stabilkan harga barang
Usaha untuk menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan serta bersifat mampu milik akan sentiasa menjadi usaha berterusan Kerajaan, selaras dengan tonggak utama Kerajaan MADANI dalam memelihara kesejahteraan rakyat.
Polis tidak cadang haram perhimpunan RXZ - Pengarah JSPT
Polis tidak bercadang untuk mengharamkan program perhimpunan We Are RXZ, sebaliknya mahu pihak penganjur mematuhi prosedur semasa.
Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata ini bagi mengurangkan kebergantungan import sumber makanan industri ternakan yang selama ini menyumbang kepada faktor kos pengeluaran dan harga bekalan tinggi di pasaran.
Sarawak amal konsep Muqarabah sebagai dasar pentadbiran
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelaksanaan dasar itu akan mengambil kira aspek kehidupan seharian dan tanggungjawab umat manusia kepada alam semesta.
Pelbagai lapisan masyarakat sertai perarakan
Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak di bandar Mukah disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik, Gundam daripada peminat
Dia dijadual mengakhiri siri jelajah tersebut, yang bermula dari 14 hingga 22 September ini di Singapura.
Kes 1MDB: Pengambilalihan pengeluar tenaga bebas bukan idea Najib - Pembelaan
Pengambilalihan IPP bukanlah idea Najib beliau mengambil masa yang agak lama untuk memberi kelulusan selepas ia dicadangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.
Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.
Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.
Harimau Muda enggan berputih mata, buru pingat gangsa di Thailand
Skuad Bawah 23 Tahun ebangsaan bertekad untuk bangkit semula bagi melakar kemenangan ke atas pasukan tuan rumah pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Kejohanan B-23 AFF esok.
Sampai masa AFF, AFC bergerak ke hadapan?
AFF ataupun AFC perlu mengambil inisiatif untuk memastikan semua ahli gabungannya mendapat manfaat sewajarnya.
AFF: Malaysia U19 bukti kemampuan diri
Sama-samalah kita percaya pada kemampuan skuad Harimau Muda ini dan pengurusan kejurulatihannya.
B-19 AFF: Harimau Muda benam Vietnam, mara ke final
Harimau Muda menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi separuh akhir di Bekasi, Indonesia, hari ini.
AFF: Proses pembangunan tidak sistematik punca kegagalan - Teong Kim
Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim mempertahankan prestasi mengecewakan barisan pemain muda negara pada kempen Kejuaraan B-23 AFF.
Kejohanan AFF B23: Laos tambah perit Malaysia
Skuad B23 negara terpaksa berdepan satu lagi kekecewaan apabila kecundang 2-0 di tangan Laos dalam saingan Kejohanan AFF B23, sebentar tadi.
Kejohanan Futsal AFF: Malaysia diundi bertemu Thailand, Indonesia
Skuad futsal kebangsaan bakal berdepan cabaran sengit pada Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 dari 3 hingga 12 April ini.
FAM optimis kemampuan skuad B-23 raih kemenangan ke atas Laos esok
FAM optimis skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan mampu melakar kemenangan dalam aksi menentang Laos esok.