KUALA LUMPUR: Penjaga gol, Rahadiazli Rahalim digugurkan daripada kem latihan skuad Harimau Malaya selepas disahkan positif COVID-19 berdasarkan keputusan ujian PCR diperoleh lewat malam semalam.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon berkata pemain Terengganu FC itu pada sebelah pagi menjalani ujian RTK dengan keputusan negatif diperoleh, namun menunjukkan beberapa simptom sebelum diarahkan membuat ujian PCR pada waktu petang.
"Pengurusan pasukan negara memutuskan untuk tidak memanggil penjaga gol baharu dan mengekalkan tiga penjaga gol sedia ada iaitu Farizal Marlias, Khairulazhan Khalid dan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi," katanya dalam kenyataan dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini.
Selasa lepas, Pan Gon memanggil pemain tengah Kuala Lumpur City FC Zhafri Yahya, yang berada dalam senarai menunggu, bagi menggantikan penyerang Petaling Jaya City FC Darren Lok, yang didapati positif COVID-19.
Jurulatih dari Korea Selatan itu juga memanggil pemain pertahanan Negeri Sembilan FC Ahmad Khuzaimi Piee bagi menggantikan pemain JDT Syahmi Safari, yang terdahulu memohon pengecualian susulan kelahiran bayi kembar tiga.
Malaysia dijadual berdepan Filipina pada 23 Mac dan tuan rumah Singapura pada 26 Mac dalam perlawanan Persahabatan Peringkat 1 Antarabangsa di Stadium Nasional Singapura, sebelum menentang pasukan Liga Singapura, Albirex Niigata pada 28 Mac di Stadium Jalan Besar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022
Penjaga gol, Rahadiazli Rahalim digugurkan daripada kem latihan skuad Harimau Malaya selepas disahkan positif COVID-19 berdasarkan keputusan ujian PCR diperoleh lewat malam semalam. - Foto Facebook/Malaysian Football League
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Ke mana destinasi Rahadiazli?
Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, sejak musim lalu lagi menuntut pemain kebangsaan itu agar mencari cabaran baru.
Penjaga gol TFC mohon maaf hampakan penyokong
Penjaga gol berusia 21 tahun itu turut mengakui kesilapannya melepaskan gol mudah ketiga buat JDT.
Insiden perlanggaran: Rahadiazli pasrah sekiranya tidak dapat beraksi di final Piala FA
Penjaga gol utama Terengganu FC Rahadiazli Rahalim, pasrah sekiranya tidak dapat beraksi di perlawanan akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta'zim Sabtu ini.
Insiden perlanggaran: Penjaga gol Terengganu FC dilaporkan stabil
Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab Rasid Jusoh berkata pemain berusia 21 tahun itu sudah mulai sedar.
Rahadiazli Rahalim digugurkan dari kem latihan Harimau Malaya selepas positif COVID-19
Penjaga gol, Rahadiazli Rahalim digugurkan daripada kem latihan skuad Harimau Malaya selepas disahkan positif COVID-19 berdasarkan keputusan ujian PCR diperoleh lewat malam semalam.
Harimau Malaya mulakan latihan Isnin depan di Johor Bahru
Tonggak skuad kebangsaan, Safawi Rasid pula tidak disenaraikan kerana mengalami kecederaan pada aksi Liga Super di antara JDT dan UiTM FC Sabtu lalu.