KUALA LUMPUR: Skuad ragbi tujuh sebelah negara diundi bersama Korea Selatan, Hong Kong dan Filipina dalam Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia Ragbi Tujuh Sebelah 2022 yang dijadualkan berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan depan.
Acara undian yang berlangsung di Majlis Sukan Dubai semalam juga menyaksikan tuan rumah diundi dalam Kumpulan B bersama kuasa ragbi Asia seperti Jepun, Sri Lanka dan China menurut laman sesawang:
Bagi kelayakan wanita dalam kejohanan sama yang juga dikenali sebagai Siri Tujuh Sebelah Ragbi Asia, Jepun, Kazakhstan, Thailand dan Filipina diundi dalam Kumpulan A sementara China, Hong Kong, Sri Lanka dan Malaysia diundi dalam Kumpulan B.
Kedua-dua kelayakan lelaki dan wanita ditetapkan dari 19 hingga 20 Nov dengan perlawanan kumpulan berlangsung pada hari pertama dan separuh akhir serta final pada hari kedua.
Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan beraksi di separuh akhir serta pasukan lelaki dan wanita melangkah ke final akan layak bertanding di Piala Dunia Ragbi Tujuh Sebelah yang akan berlangsung di Cape Town, Afrika Selatan September tahun depan.
Lapan pasukan teratas lelaki iaitu New Zealand, England, Afrika Selatan, Fiji, Argentina, Amerika Syarikat, Perancis, Scotland bersama lima pasukan wanita -- New Zealand, Perancis, Australia dan Amerika Syarikat dan Afrika Selatan sudah mendapat kelayakan automatik untuk kejohanan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 27 2021
Skuad ragbi tujuh sebelah negara diundi bersama Korea Selatan, Hong Kong dan Filipina dalam Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia Ragbi Tujuh Sebelah 2022. -Gambar hiasan/Bernama
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
AWANI Pagi: Undang-Undang Antarabangsa Selesaikan Isu Laut China Selatan
AWANI Pagi bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Mohamed Redza Zakaria melihat peranan undang-undang antarabangsa untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan.
Hos AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104m
Hos AWANI Pagi, Nursyazwani Saiful Sham berjaya mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten tetapi ia penting bagi mengelak golongan itu meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti kurang sihat.
Ragbi Kelayakan Piala Dunia: Skuad 7 sebelah negara bertemu Korea Selatan, Hong Kong
Skuad ragbi 7 sebelah negara diundi bersama Korea Selatan, Hong Kong dan Filipina dalam Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia Ragbi Tujuh Sebelah 2022.