KUALA LUMPUR: Atlet muda Queenie Ting Kung Ni menetapkan penanda aras baharu dalam acara lempar cakera negara apabila menjadi atlet wanita pertama Malaysia melakukan lemparan melepasi 50 meter (m).
Queenie yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-24 pada Selasa ini, sebelum ini memecahkan rekod kebangsaan dengan lemparan 48.56m ketika Grand Prix Malaysia pada April lepas.
Kejayaan hari ini membantu Queenie muncul juara acara itu mengatasi dua atlet senior Choo Kang Ni (45.25m) dan Yap Jen Tzan (40.60m).
Jurulatihnya, Mohamad Ali Hamid yang berpuas hati dengan pencapaian itu berkata prestasi atlet berkenaan berada di landasan tepat mengikut sasaran ditetapkan bagi memburu kelayakan secara merit ke Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.
"Kami memang menyasarkan beliau melakukan lemparan sekitar 50 hingga 51m berdasarkan peningkatan prestasinya. Beliau berpeluang untuk pergi lebih jauh mengambil kira umur dan potensi yang dimilikinya.
"Had kelayakan ke Sukan Asia sebelum ini sekitar 51m (kedudukan enam teratas berbanding edisi terdahulu) tetapi bagi temasya kali ini, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) meningkatkan had ke kedudukan lima atau empat teratas berbanding edisi sebelum, iaitu hampir 55m," katanya kepada Bernama.
Beliau yang yakin anak buahnya mampu melayakkan diri ke Sukan Asia 2022 secara merit berkata Queenie seterusnya akan menyertai kejohanan tertutup KOM pada bulan depan, selain dijangka menyertai beberapa kejohanan anjuran persatuan negeri bermula Januari depan.
Pelbagai kejohanan itu adalah sebahagian daripada persediaan ke Sukan SEA Hanoi yang dijangka diadakan pada Mei tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 14 2021

Atlet muda Queenie Ting Kung Ni menetapkan penanda aras baharu dalam acara lempar cakera negara apabila menjadi atlet wanita pertama Malaysia melakukan lemparan melepasi 50 meter (m). - Gambar fail/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Queenie Ting catat penanda aras baharu lempar cakera wanita
Atlet muda Queenie Ting Kung Ni menetapkan penanda aras baharu dalam acara lempar cakera negara apabila menjadi atlet wanita pertama Malaysia melakukan lemparan melepasi 50 meter (m).