KUALA LUMPUR:Pemenang pingat emas Sukan Asia sebanyak dua kali R. Puvaneswaran bakal kembali ke skuad negara apabila sah dilantik sebagai jurulatih skuad karate kebangsaan dengan kontrak setahun.
Setiausaha Agung Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) Datuk Nur Azmi Ahmad berkata Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jurulatih itu yang sebelum ini berkhidmat bersama Thailand ialah mempertahankan status skuad negara selaku juara keseluruhan pada Sukan SEA di Hanoi, hujung tahun ini.
Puvaneswaran, 46, akan menggantikan ketua jurulatih Ali Reza Souleymani dari Iran yang kontraknya tidak diperbaharui oleh Makaf, kerana mahu jurulatih yang lebih ke hadapan (advanced).
"Beliau dipilih berdasarkan pengalaman dan prestasinya sebagai atlet dan jurulatih terutamanya bersama Thailand. Sukan SEA dan Sukan Asia akan menjadi penilaian utama bagi beliau, yang kita mahu muncul juara keseluruhan (buat kali keempat berturut-turut).
"Kontrak Ali tidak diperbaharui bukan kerana beliau tidak bagus, tetapi kita mahu seorang jurulatih yang lebih ke hadapan, manakala kualiti jurulatih luar negara itu juga lebih kurang dengan jurulatih tempatan," katanya ketika dihubungi Bernama selepas mesyuarat Exco Makaf yang diadakan secara maya, pada Sabtu.
Menurut Azmi, antara Puvaneswaran serta dua jurulatih sedia ada - S. Mahendran dan Alexander Arlanthu - seorang daripada mereka akan dipertanggungjawab untuk memastikan atlet negara layak ke Sukan Olimpik Tokyo Julai ini.
"Dalam struktur baharu ini, kita tiada ketua jurulatih, jadi mereka akan dipantau oleh pasukan teknikal kita yang diketuai Timbalan Presiden Datuk Vincent Chen.
"Selepas ini, kami akan tentukan siapa antara tiga jurulatih ini yang akan diberi tanggungjawab melatih atlet 'Road to Tokyo' (S. Prem Kumar dan R. Sharmendran). Walaupun tugas layak ke Olimpik itu sukar, kami mahu pastikan kita ada wakil di Tokyo," jelasnya.
Beliau berkata mesyuarat itu juga telah memutuskan untuk memindahkan pusat latihan skuad pelapis ke ibu negara dari Pulau Pinang.
Dalam 20 tahun kariernya sebagai atlet kumite negara (1990-2010), Puvaneswaran pernah menyumbangkan pingat emas pada Sukan Asia 2002 di Busan, Korea Selatan dan 2010 Guangzhou, China; selain pingat perak pada edisi 2006 Doha, Qatar dan gangsa edisi 1994 di Hiroshima, Jepun.
Beliau kemudian menjadi jurulatih kem kebangsaan bermula 2011 hingga 2015, sebelum membimbing skuad Thailand bermula 2017 hingga 2019.
Di Thailand, Puvaneswaran berjaya membantu negara gajah perang itu mencapai keputusan terbaik Sukan SEA dengan meraih sebutir pingat emas, lima perak dan lima gangsa di Kuala Lumpur 2017, sebelum memperbaiki pencapaian itu di Filipina 2019 dengan 3-2-3.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 06 2021
![Puvaneswaran kembali melatih skuad karate negara - Makaf Puvaneswaran kembali melatih skuad karate negara - Makaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61612629211_TBPUVANESWARANKARATE.jpg)
Dalam 20 tahun kariernya sebagai atlet kumite negara (1990-2010), Puvaneswaran pernah menyumbangkan pingat emas pada Sukan Asia 2002 di Busan, Korea Selatan dan 2010 Guangzhou, China. - Gambar fail
![THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491696_THT.jpg)
THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.
![Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491200_TFC.jpg)
Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan berkata, mereka perlu manfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
![Kembar karate Terengganu tekad cipta kejayaan pada debut Sukan SEA Kembar karate Terengganu tekad cipta kejayaan pada debut Sukan SEA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736591341_TBkarate.jpg)
Kembar karate Terengganu tekad cipta kejayaan pada debut Sukan SEA
Pasangan kembar berusia 19 tahun itu mendapat tawaran ke skuad kebangsaan selepas hanya dua tahun mempelajari karate.
![Shamendran dilantik ketua jurulatih sementara skuad karate kebangsaan Shamendran dilantik ketua jurulatih sementara skuad karate kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733821807_SharmendranRaghonat.jpg)
Shamendran dilantik ketua jurulatih sementara skuad karate kebangsaan
Shamendran mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyandangnya, Tamer Abdelraouf Mohamed Mourssy yang tamat kontrak pada hujung tahun ini.
![Sukan wushu, karate sah dipertanding di Sukan SEA Thailand - Kim Fatt Sukan wushu, karate sah dipertanding di Sukan SEA Thailand - Kim Fatt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695270857_ChongKimFatt.jpg)
Sukan wushu, karate sah dipertanding di Sukan SEA Thailand - Kim Fatt
Dua sukan tempur yang merupakan lubuk emas negara, wushu dan karate sah akan dipertandingkan di Sukan SEA Thailand 2025, kata Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) Datuk Chong Kim Fatt.
![AUG 2024: Malaysia capai sasaran 35 emas menerusi Sureeya AUG 2024: Malaysia capai sasaran 35 emas menerusi Sureeya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720181888_Sureeya.jpg)
AUG 2024: Malaysia capai sasaran 35 emas menerusi Sureeya
Sureeya menumbangkan pencabar Thailand Calermpon Piwlaaiad 9-1 pada final dalam acara kumite bawah 60 kilogram (kg) lelaki.
![Sukan SEA 2025: Malaysia kemuka rayuan selepas pengecualian karate, wusyu Sukan SEA 2025: Malaysia kemuka rayuan selepas pengecualian karate, wusyu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718954019_TBNorzaZakaria.jpg)
Sukan SEA 2025: Malaysia kemuka rayuan selepas pengecualian karate, wusyu
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengemukakan rayuan kepada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk memasukkan beberapa sukan berpotensi pingat bagi Malaysia dalam Sukan SEA 2025 di Thailand.
![MAKAF janji elaun bulanan jika atlet duduki ranking lima terbaik dunia MAKAF janji elaun bulanan jika atlet duduki ranking lima terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709505216_ExecutiveCouncilMe.jpg)
MAKAF janji elaun bulanan jika atlet duduki ranking lima terbaik dunia
Langkah diambil bagi memberi tonik tambahan kepada atlet agar berusaha lebih gigih menampilkan prestasi cemerlang pada masa akan datang.
![Karate pastikan akaun pingat Malaysia aktif Karate pastikan akaun pingat Malaysia aktif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696609877_NaccyNellyEvvaferr.jpg)
Karate pastikan akaun pingat Malaysia aktif
Kem karate negara menambah kutipan pingat kontinjen Malaysia pada penghujung temasya.
![Sukan Asia: Malaysia rangkul perak kata berpasukan wanita Sukan Asia: Malaysia rangkul perak kata berpasukan wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696593584_PusatSukanGymnasiu.jpg)
Sukan Asia: Malaysia rangkul perak kata berpasukan wanita
Skuad kata wanita negara melakar pencapaian membanggakan apabila menghadiahkan pingat perak dalam acara berpasukan pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Pusat Sukan Linping, hari ini.
![Sukan Asia Hangzhou: Cabaran Sureeya berakhir di pusingan 16 Sukan Asia Hangzhou: Cabaran Sureeya berakhir di pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696567900_Atletkarate.jpg)
Sukan Asia Hangzhou: Cabaran Sureeya berakhir di pusingan 16
Perjalanan pemenang pingat emas acara kumite 60 kilogram Sukan SEA Phnom Penh berakhir di pusingan 16 terbaik.
![Sukan Asia: Lovelly Anne hadiahkan perak Sukan Asia: Lovelly Anne hadiahkan perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696505613_LovelyAnneRobberth.jpg)
Sukan Asia: Lovelly Anne hadiahkan perak
Lovelly Anne Robberth menghadiahkan pingat perak buat negara apabila memenangi final acara kata individu wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022, pada Khamis.