HANGZHOU: Kem karate negara mengambil alih perhatian pada penghujung temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, apabila menambah kutipan pingat kontinjen Malaysia yang sudahpun melepasi sasaran ditetapkan, dengan meraih perak dalam acara kata berpasukan wanita pada Jumaat.
Pada hari kedua saingan sukan itu di Gimnasium Pusat Sukan Linping, pingat perak yang diraih trio Naccy Nelly Evvaferra Rojin, Niathalia Sherawinnie Yampil dan Lovelly Anne Robberth itu, merupakan pingat ke-29 negara.
Trio negara yang dikatakan mampu mencipta kejutan menyumbang emas, terpaksa akur kepada kehebatan pemenang perak Kejohanan Karate Asia 2023 dan pemenang emas Sukan SEA 2023 dari Vietnam, yang terdiri daripada Nguyen Thi Phuong, Nguyen Ngoc Tram dan Luu Thi Thu Uyen.
Dengan dua pingat perak telah diraih termasuk satu menerusi kata individu wanita semalam, kem karate berpeluang terus mencuri perhatian pada Sabtu (7 Oktober), apabila pemenang gangsa edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia, S. Prem Kumar turun beraksi dalam acara kumite individu lelaki bawah 67 kilogram (kg).
Tumpuan pada Sabtu turut terarah kepada regu lelaki negara yang akan turun mempertahankan emas antara regu, yang dimenangi pada edisi lepas, namun berdepan halangan setinggi gunung apabila akan bertemu kuasa besar sukan sepak takraw, Thailand di pentas final di Gimnasium Pusat Sukan Jinhua.
Pertembungan itu bukan sahaja memberi peluang kepada skuad bimbingan Ahmad Jais Baharun menghadiahkan emas, malah menebus kekecewaan selepas tewas di tangan Thailand pada final acara regu berpasukan lelaki minggu lepas.
Sementara itu, di Gimnasium Huanglong, atlet gimrama Ng Joe Ee yang membuat penampilan pertamanya di Sukan Asia, berjaya menampilkan aksi memberangsangkan pada pusingan kelayakan untuk melangkah ke final individu all-around.
Di Gimnasium Binjiang pula, perjuangan beregu lelaki utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik terhenti di peringkat separuh akhir, selepas ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan India Satwik Sairaj Rankireddy-Chirag Chandrashekhar yang melakar kemenangan 21-17, 21-12.
Bagaimanapun, kegagalan itu tetap dibayar dengan gangsa, sekali gus menyaksikan Malaysia sekurang-kurangnya akan membawa pulang 31 pingat termasuk satu daripada sepak takraw menerusi acara regu lelaki.
Kilaun gangsa itu juga memperbaiki pencapaian skuad badminton negara yang gagal membawa pulang sebarang pingat pada edisi lepas.
Dalam pada itu, hasrat kem ekuestrian untuk menambah kilauan pingat tidak kesampaian, selepas S. Nageswaran bersama kudanya Wanskjaer Cuneo, menamatkan final acara lompatan individu di tempat ke-12 di Pusat Ekuestrian Tonglu.
Esok, skuad hoki wanita akan menutup kempen di Sukan Asia dengan membuat perhitungan menentang Thailand, pada perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam di Stadium Gonshu Canal Sports Park, selain pasukan jiu-jitsu dan xiangqi akan terus mengibar cabaran Malaysia.
Setakat malam ini, Malaysia berada di kedudukan ke-14 selepas mengumpul lima emas, tujuh perak dan 17 gangsa (29 pingat), manakala China teratas dengan kutipan 187-104-62, diikuti Jepun di tempat kedua (47-57-62) dan Korea Selatan ketiga (36-49-84).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023

Kem karate negara menambah kutipan pingat kontinjen Malaysia pada penghujung temasya. - Bernama

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Warga emas ditemui terbakar mati akibat hentakan objek tumpul, sedutan asap
Punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lalu, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Nahas KM204: Syarikat lori mengaku tidak bersalah
Syarikat yang diwakili Pengurus Operasi Ng Chee Keong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar syarat lesen membawa muatan serbuk simen melebihi had berat yang dibenarkan.

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

Piala Asia: Kami datang bukan untuk kalah, kata Kim Pan-gon
Kesebelasan utama Kim Pan-gon mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat sukan yang menuntut agar dia tidak bereksperimen berdepan Bahrain.

Nur Syaiful penerima tertinggi SHAKAM
Beliau yang meraih masing-masing satu pingat emas dan gangsa membawa pulang insentif berjumlah RM110,000.

Penampilan di Sukan Asia lonjak keyakinan Letshanaa untuk KL Masters
Letshanaa berkata bersaing di acara berprestij seperti Sukan Asia telah memainkan peranan penting dalam perkembangannya sebagai pemain.

Hoki Piala Dunia Remaja: KHM sasar skuad negara layak ke suku akhir
Skuad hoki remaja negara diberikan sasaran mara ke suku akhir menjelang Piala Dunia yang bakal bermula 5 Disember ini.

Sukan Asia: Selamat tinggal Hangzhou, jumpa di Aichi-Nagoya 2026
Sukan Asia ke-19 melabuhkan tirainya apabila China mengucapkan selamat tinggal kepada lebih 12,000 atlet dari 45 negara dalam upacara gemerlapan, di sini, malam ini.

Sukan Asia: Pengorbanan Arif tambah kilauan emas bagi Malaysia
Atlet berusia 23 tahun itu berjaya menundukkan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021, Daniyar Yuldashev dari Kazakhstan 10-4.

Sukan Asia: Joe Ee beraksi di final dalam kesakitan
Atlet gimrama negara Ng Joe Ee beraksi dalam keadaan menahan kesakitan di belakang badan dan buku lali kiri ketika menduduki tempat ke-11 pada pusingan akhir acara individu all-around Sukan Asia Hangz

Sharul Aimy buru slot Olimpik Paris 2024
Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam kini mengalihkan tumpuan untuk 'memburu' mata kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Sukan Asia: Lovelly Anne hadiahkan perak
Lovelly Anne Robberth menghadiahkan pingat perak buat negara apabila memenangi final acara kata individu wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022, pada Khamis.

Sukan Asia: Prannoy sekat Zii Jia ke separuh akhir
Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, gagal dalam misi memburu pingat pertama dalam temasya Sukan Asia selepas tersingkir di pusingan suku akhir, di Hangzhou.