"Memang salah saya...silap saya. Segala cemuhan, kritikan dan teguran saya terima dengan hati terbuka," kata Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.
Tengku Muda Pahang itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan hampir 10,000 peminat skuad Tok Gajah berhubung prestasi hambar Pahang pada saingan Liga Malaysia tahun lalu.
Namun, beliau percaya skuad Pahang akan kembali menyerlah tahun ini selepas beberapa langkah diambil sejak sembilan bulan lepas.
Pada masa sama, Tengku Abdul Rahman meminta peminat Pahang untuk terus menyokong usaha barisan pimpinan dan jurulatih Dollah Salleh dalam mengembalikan skuad Tok Gajah menjadi pasukan yang digeruni dalam bola sepak negara.
"Saya cuba jelaskan dengan ringkas. Dalam kerancakan pertandingan, ramai pemain kita yang diintai (pasukan lain). Mereka pun ada rancangan sendiri dan niat untuk mencari peluang yang lebih mendatangkan hasil.
"Kita tidak boleh salahkan mana-mana pemain kerana mereka juga perlu fikirkan masa hadapan. Memang ramai pemain kita yang diambil orang, tapi mereka juga tidak beri peluang kepada saya untuk berunding," katanya.
Tengku Abdul Rahman berkata demikian pada sesi pengenalan pemain baharu Pahang FA pada Festival Pahang Super Best di Stadium Temerloh di sini semalam, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
Presiden PBNP itu juga berkata kehilangan pemain senior dan tonggak utama pasukan menyebabkan skuad Tok Gajah terpaksa menurunkan pemain muda pada saingan musim lalu, yang menjadi punca prestasi hambar pasukan.
"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kita masih kekal dalam Liga Super. Saya juga jemput semua penyokong untuk bersama memberi sokongan kepada pasukan kita kerana mereka tidak mampu bangkit tanpa sokongan semua," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2017
![Prestasi hambar Pahang: Memang salah, silap saya - Presiden PBNP Prestasi hambar Pahang: Memang salah, silap saya - Presiden PBNP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81484468278_Temerloh.jpg)
Tengku Muda Pahang itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan hampir 10,000 peminat skuad Tok Gajah berhubung prestasi hambar Pahang pada saingan Liga Malaysia tahun lalu. - Foto Bernama
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![FAM saran persatuan bola sepak negeri anjur liga cungkil bakat baharu FAM saran persatuan bola sepak negeri anjur liga cungkil bakat baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41555170912_AbdulHamidThani.jpg)
FAM saran persatuan bola sepak negeri anjur liga cungkil bakat baharu
Usaha sebegitu perlu digerakkan secepat mungkin kerana Malaysia memerlukan lebih ramai lagi pemain kebangsaan baharu yang berkaliber dan menyerlah.
![Prestasi hambar Pahang: Memang salah, silap saya - Presiden PBNP Prestasi hambar Pahang: Memang salah, silap saya - Presiden PBNP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81484468278_Temerloh.jpg)
Prestasi hambar Pahang: Memang salah, silap saya - Presiden PBNP
"Memang salah saya...silap saya. Segala cemuhan, kritikan dan teguran saya terima dengan hati terbuka," kata Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman.