BINTANG sensasi Les Parisiens, Lionel Messi positif COVID-19 kini menjalani kuarantin, kata kelabnya Paris Saint-Germain (PSG) pada Ahad.

Pemenang Ballon d'Or tujuh kali itu merupakan antara empat pemain PSG didapati positif wabak tersebut menjelang perlawanan Piala Perancis menentang Vannes.

Bintang Argentina itu yang sebelum ini bergelut dengan prestasi tidak menentu di ibu negara Perancis tersebut sejak meninggalkan Barcelona secara emosional pada musim panas lalu.

Messi hanya menjaringkan satu gol dalam 11 penampilan liga untuk PSG, walaupun dia telah menjaringkan lima gol dalam Liga Juara-Juara.

Dia akan terlepas perlawanan piala Isnin ini berkemungkinan juga akan diketepikan untuk perlawanan Ligue 1 pertama PSG sejak cuti musim sejuk di Lyon Ahad depan.

Pemain lain yang positif ialah pertahanan penuh Juan Bernat, penjaga gol pelapis Sergio Rico dan pemain tengah remaja Nathan Bitumazala.

"Mereka kini sedang menjalani kuarantin dan tertakluk kepada protokol kesihatan yang sesuai," kata PSG.


Artikel asal di Sinar Harian: Giliran Messi dikuarantin