Sudah menjadi tradisi bagi tuan rumah berikutnya untuk mengadakan persembahan bagi menarik perhatian peminat sukan di seluruh dunia terhadap temasya Olimpik empat tahun akan datang.
Montaj promosi Tokyo 2020 berjudul Warming Up menampilkan watak animasi Jepun yang masyhur di seluruh dunia seperti Doraemon, Hello Kitty, dan Captain Tsubasa.
Namun yang paling menarik perhatian pastinya kemunculan Perdana Menteri Shinzo Abe sebagai karakter permainan video, Super Mario.
Video tersebut pada awalnya memaparkan Shinzo Abe yang ‘tidak sempat’ untuk ke Rio de Janeiro dari Tokyo.
[GALERI FOTO]: Rio 2016: Majlis penutup temasya sukan
Abe kemudian bertukar kepada Super Mario dan dengan bantuan Doraemon, menggunakan paip hijau gergasi sebagai laluan terus dari Shibuya ke Stadium Maracana.
Kemunculannya mendapat tepukan gemuruh seluruh stadium dan mencuri perhatian netizen.
Mereka menjangkakan Tokyo 2020 bakal menjadi temasya Olimpik ‘comel’ dan meriah dengan kehadiran animasi popular Jepun.