Kelab bola sepak Selangor PKNS FC menyokong saranan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya pasukan kelab atau negeri dalam Liga Malaysia (Liga M) diberi keuntungan lebih menerusi penubuhan Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP).
Pengurus kelab berkenaan, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid mengakui pasukan yang bertanding dalam Liga M pada masa ini, perlu mengeluarkan perbelanjaan besar terutama dalam aspek pembangunan skuad Piala Presiden (skuad bawah 21 tahun) yang dianggarkan mencecah antara RM1 juta dan RM2 juta setahun.
"Kita menyambut baik cadangan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) untuk penswastaan Liga Malaysia (pada 2016) kerana ia memberi keuntungan dalam perniagaan dan lebih banyak peluang kepada pemain muda tempatan.
"Sebagai salah sebuah kelab yang bertanding (dalam Liga M), sudah pasti kita mengharapkan sumbangan yang lebih (daripada FMLLP) untuk membantu kami yang turut mempunyai akademi (bola sepak) dan sebagainya," kata Mahfizul Rusydin.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis pengenalan skuad Liga Premier dan Piala Presiden Selangor PKNS FC bagi musim 2015 di perkarangan pusat membeli-belah SACC, di sini, hari ini.
Tunku Ismail pada Sabtu lepas, dilaporkan sebagai berkata bahawa FAM perlu bersikap lebih telus dan jujur dalam pembahagian keuntungan menerusi penubuhan FMLLP.
Baginda yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mendakwa menerusi perjanjian antara FAM dan syarikat peneraju media antarabangsa MP & Silva, FAM bakal mendapat RM84 juta setiap tahun secara purata termasuk RM15 juta menerusi perjanjian bernilai RM1.26 bilion bagi tempoh 15 tahun.
Tunku Ismail berkata pulangan 30 peratus atau anggaran RM1 juta setahun yang bakal dinikmati pasukan bertanding dalam Liga M boleh menjejaskan kerancakan liga kerana mereka (pasukan tempatan) banyak melabur dana dari segi penambahbaikan struktur venue masing-masing, pemain import dan pembangunan belia di peringkat akar umbi.
FAM dan MP & Silva menandatangani memorandum persefahaman bagi penubuhan FMLLP pada Jumaat lepas.
Berdasarkan jumlah yang dijanjikan oleh MP & Silva dari 2016 ke 2021, FAM akan menerima pulangan RM70 juta setahun manakala RM85 juta bagi tempoh tiga tahun berikutnya (2022-2024), RM92 juta (2025-2027) dan RM103 juta bagi tempoh tiga tahun terakhir.
Astro Arena
Mon Jan 26 2015
Pengurus kelab berkenaan, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid mengakui pasukan yang bertanding dalam Liga M pada masa ini, perlu mengeluarkan perbelanjaan besar terutama dalam aspek pembangunan skuad Piala Presiden. - Gambar fail
Tahun 2024 paling panas dalam sejarah
Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) Kesatuan Eropah memaklumkan tahun ini hampir pasti akan mengatasi 2023 sebagai tahun paling panas sejak suhu global mula direkodkan.
Ranking MA AFC: Kemenangan JDT pacu Malaysia pintas Australia
Malaysia memintas Australia dalam kedudukan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia untuk kini menduduki tangga kelima.
Ina Naim sah bergelar isteri jurutera
Penyanyi dan Usahawan, Ina Naim kembali bergelar isteri selepas sah diijabkabulkan dengan jurutera, Mohd Khairul Rizal Shukor dengan sekali lazaf.
PDRM antara agensi paling tinggi ambil tindakan tatatertib
Polis Diraja Malaysia merupakan antara agensi yang paling tinggi mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai dan anggotanya.
Zulkafli pangku tugas Ketua Polis Perak berkuat kuasa hari ini
Timbalan Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat memangku tugas Ketua Polis Perak berkuat kuasa hari ini.
Larangan penggunaan media sosial untuk remaja bawah 16 tahun langkah positif - Pakar
Terdapat keperluan mengkaji kelemahan dalam sistem sedia ada serta mencari jalan untuk tingkatkan kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap isu ini.
2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju
Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran.
'Sempat berbual di telefon beberapa minit sebelum adik ditikam' - Kakak
Zulkifli Ibrahim dan anak perempuannya Siti Zulaila maut selepas ditikam oleh seorang lelaki dengan menggunakan senjata tajam.
HPTN hargai peranan profesion teknikal, fokus generasi muda penggerak ekonomi
HPTN menekankan pembangunan modal insan yang dinamik dan komprehensif, dengan sokongan KKR dan agensi untuk memperkasakan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.
KAFA tumpu pembangunan anak tempatan kembalikan kegemilangan 'The Red Warriors'
KAFA memberi tumpuan kepada pembangunan akar umbi dalam kalangan anak tempatan bagi mengembalikan semula kegemilangannya.
Peminat Red Devils Malaysia gembira dengan pemecatan Ten Hag
Raf berkata, ia wajar susulan prestasi buruk kelab itu terperosok di tangga ke-14 dengan hanya tiga kemenangan selepas sembilan perlawanan.
Apa yang tidak kena dengan Harimau Muda?
Pekan melihat bagai ada lompong yang perlu ditambah baik kerana kesemua pemain yang dipilih adalah dalam kalangan yang terbaik.
Indonesia di hadapan Malaysia, dibezakan tiga anak tangga
Indonesia berada pada tempat ke-130 dunia, turun satu anak tangga, kerana merekodkan satu seri (Bahrain) dan satu kekalahan (China).
Pemangku Sultan Johor terima menghadap PM
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di sebuah hotel di ibu kota.
Jaringan sendiri Shahktar untungkan Arsenal
The Gunners terlepas sepakan penalti pada separuh masa kedua dan mensia-siakan beberapa peluang yang baik.
ACLE 2024/2025: JDT tewas 1-3 kepada Gwangju
Keputusan itu menyaksikan Gwangju berada pada tangga teratas peringkat kumpulan dengan mengutip sembilan mata selepas tiga perlawanan.