PETALING JAYA: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) tidak teragak-agak untuk menyasarkan membawa pulang satu pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Timbalan Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill berkata sasaran itu berdasarkan aspirasi disuarakan juara dunia keirin 2017, selepas meraih pingat gangsa pada edisi 2016 di Rio de Janeiro dan perak di Olimpik Tokyo 2020.
"Saya rasa kita semua tahu aspirasi Mohd Azizulhasni menghala ke Sukan Olimpik Paris. Baru-baru ini, beliau mengatakan semua orang tahu apa yang dia mahukan di Paris nanti. Beliau telah menang pingat gangsa di Rio, kemudian pingat perak di Tokyo, satu yang belum diperoleh adalah pingat emas.
"Saya telah berbincang dengan jurulatih, John Beasley dan berdasarkan aspirasi Mohd Azizulhasni sendiri, PKBM menyasarkan satu pingat emas di dalam sukan berbasikal trek di Sukan Olimpik Paris," katanya di sini semalam.
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini, pastinya PKBM akan membentangkan sasaran itu kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam masa terdekat.
Ditanya sekiranya keputusan tidak seperti diharapkan, Amarjit berkata semasa pertandingan apa sahaja boleh berlaku, dan pada masa sama menyasarkan seorang lagi pelumba negara Muhammad Shah Firduas Sahrom yang juga berpotensi membutirkan pingat buat kontinjen negara.
"... seperti anda lihat di Tokyo, ia adalah percaturan luar biasa daripada Jason (Kenny) (dari Great Britain) sehingga membuka ruang besar antara pelumba lain dan teknik pelumba itu menyebabkan kita terlepas pingat emas walaupun sedar pingat emas sebenarnya dalam genggaman.
"Apapun ia bergantung kepada hari pertandingan sebenar nanti. Kita berharap beliau akan berada dalam keadaan terbaik, tiada perkara tidak diingini seperti pelanggaran dan sebagainya ketika perlumbaan," katanya.
Pada 26 April lepas, Mohd Azizulhasni pada sidang media di Velodrom Nasional, Nilai tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Bagi acara berbasikal trek, dua lagi pelumba layak ke Olimpik Paris 2024 iaitu Muhammad Shah Firdaus dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri manakala Nur Aisyah Mohamad Zubir menjadi pelumba berbasikal lebuh raya wanita pertama beraksi di pentas Olimpik.
Sukan Olimpik Paris dijadual berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024

Pada 26 April lepas, Mohd Azizulhasni (gambar) menyuarakan tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu. - Gambar fail/BERNAMA
MWC 2025: CelcomDigi’s Vision for a Smarter, Connected Malaysia
At MWC 2025, CelcomDigi is showcasing its latest advancements in 5G, AI-driven solutions, and strategic partnerships aimed at accelerating Malaysia’s digital economy. As one of the leading mobile network operators, CelcomDigi plays a critical role in shaping the nation’s connectivity landscape and enabling innovation across industries.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [5 Mac 2025]

Penjawat awam P. Pinang terima 'duit raya' setengah bulan gaji atau minimum RM1,000
Pembayaran akan dibuat bermula 19 Mac ini membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM7.81 juta.

Mahkamah Narathiwat tentukan nasib Eda Ezrin, suami dan empat rakan esok
Sebelum ini, Eda Ezrin percaya dia akan dibebaskan dari Penjara Wilayah Narathiwat tidak lama lagi.
S&P 500: Prestasi setakat 5 Mac 2025
Gambaran menyeluruh Indeks S&P 500 disediakan oleh MarketWatch, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham-saham dalam Indeks Standard & Poor's 500 disusun mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman tentang corak prestasi pasaran. Setiap saiz saham mencerminkan permodalan pasaran (market cap), mencerminkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
Kuasa AI dalam rekaan: Pixlr saingi industri gergasi
Pembangunan bakat tempatan sehingga ke insentif kerajaan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ekosistem kecerdasan buatan (AI) Malaysia. Apakah strategi terbaik untuk memperkasakan industri ini, dan bagaimana Pixlr berperanan dalam membentuk masa depan AI dalam sektor kreatif?
Ketahui lebih lanjut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pixlr Group, Warren Leow, dalam perbincangan eksklusif mengenai rekaan, inovasi, daya saing global, dan hala tuju AI Malaysia.
Ketahui lebih lanjut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pixlr Group, Warren Leow, dalam perbincangan eksklusif mengenai rekaan, inovasi, daya saing global, dan hala tuju AI Malaysia.

Suami isteri maut, anak cedera, nahas dua kereta di Kuala Kurau
Dua yang meninggal dunia ialah pemandu berusia 59 tahun dan isterinya berumur 66 tahun manakala anak mereka yang cedera berusia 13 tahun.

Muhammad Darwisy ada masalah jantung sejak lahir - Baddrol Bakhtiar
Selain ibu, ayah dan dua orang kakak, Muhammad Darwisy yang berusia 12 bulan turut meninggalkan pasangan kembarnya, Dhiya Dinara.

Sidang kemuncak Arab di Kaherah terima pelan pembinaan semula Gaza sebagai inisiatif 'bersatu'
Kenyataan akhir sidang kemuncak menetapkan bahawa pelan dikemukakan oleh Mesir sebagai satu rancangan komprehensif Arab.

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Olimpik Paris: ISN guna khidmat Dr Jeffrey pantau situasi Mohd Azizulhasni
ISN akan menggunakan khidmat Dr Jeffrey Jeswant Dillon untuk memantau situasi jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang di Olimpik Paris nanti.

Daya ketahanan mental lebih baik daripada sebelum ini - Azizulhasni
Azizulhasni menetapkan sasaran untuk memenangi emas di Olimpik Paris pada penampilan terakhirnya dan kelima di temasya terbesar dunia itu.

Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah menjuarai acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024.

PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.

Pocket Rocketman masih berbisa, peroleh emas di Piala UCI Adelaide
Kemenangan itu sekali gus memberi mata buat Mohd Azizulhasni untuk ke pentas Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini.

ACC 2023: Azizulhasni bukti kejaguhan dengan emas keirin
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang meraih pingat emas keduanya dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 dengan mengungguli acara keirin lelaki.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Azizulhasni sambar emas ketiga dalam tempoh 24 jam di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul pingat emas ketiganya dalam tempoh 24 jam selepas mendominasi saingan keirin lelaki Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II 2023.

Azizulhasni kembali gegar Velodrom Nilai
Dalam aksi penentuan pingat emas, Azizulhasni yang mewakili Terengganu mengetepikan rakannya Muhammad Shah Firdaus yang mewakili Johor.