Cristiano Ronaldo memahat sejarah baru selepas membantu Juventus menewaskan Spezia dalam perlawanan Serie A di Turin awal pagi tadi.
Pemain berusia 36 tahun itu menyumbat masuk gol ketiga Juve selepas Alvaro Morata dan Federico Chiesa meletakkan pasukan tuan rumah itu di depan dalam babak kedua di Stadium Allianz.
Penyudah klinikal Ronaldo menjadikannya sebagai pemain pertama menjaringkan 20 gol atau lebih dalam setiap 12 musim berdasarkan lima liga utama di Eropah.
Ia momen untuk diingati buat bintang Portugal itu, yang telah beraksi dalam 600 perlawan liga sepanjang kariernya, untuk kini berkelebihan dua gol di depan penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku, dalam perebutan gelaran penjaring terbanyak Serie A musim ini.
Keputusan itu meletakkan Juve kembali dibezakan tujuh mata dengan pendahulu liga, Inter, berbaki 14 perlawanan musim ini dan ketua jurulatih, Andrea Pirlo, belum bersedia untuk mengaku kalah dalam pemburuan gelaran Serie A ke-10 berturut-turut mereka.
"Jurang itu hanyalah mata yang memisahkan kami," katanya kepada sky Sport Italia.
"Kami sedar ia perbezaan yang jauh. Pemain Inter sudah beraksi bersama sepanjang dua tahun, mereka mempunyai pendekatan yang amat baik tetapi kami baru memulakkannya musim ini. Kami masih mahu berusaha untuk berada di sana pada penghujung musim ini."
Pirlo berasakan permulaan perlahan pasukannya ketika menentang Spezia adalah "lebih kepada keletihan fizikal berbanding psikologi" dengan menambah: "Ia boleh berlaku ketika anda menghadapi terlalu banyak perlawanan dengan pemain yang sama.
"Kami mencuba untuk mengawal permainan dan apabila pemain gantian dimasukkan, kami kelihatan lebih tajam dan dapat memanfaatkan kebanyakan peluang kami."
Astro Arena
Wed Mar 03 2021
Penyudah klinikal Ronaldo menjadikannya sebagai pemain pertama menjaringkan 20 gol atau lebih dalam setiap 12 musim berdasarkan lima liga utama di Eropah. - Foto Astro Arena
Jurugambar sambilan didakwa cederakan pereka fesyen Razman, Razmi
Seorang jurugambar bebas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan pereka fesyen, Razman dan Razmi, Rabu lalu.
Simpanan Shariah: KWSP perkenal akses lebih pantas, pengaktifan bulanan
Penambahbaikan berkenaan juga membolehkan pendaftaran Simpanan Shariah dibuat secara serta-merta untuk ahli baharu.
Insiden kematian kucing: Pihak universiti jalankan operasi dalaman tangani anjing liar
ACP Ku Mashariman berkata, pihak universiti itu sentiasa memaklumkan kepada polis mengenai tindakan mereka untuk membasmi anjing liar.
PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping
Pemeriksaan mengejut oleh ADAMAS adalah antara inisiatif berterusan persekutuan itu bagi memastikan insiden doping tidak berulang.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pendidikan di bawah perkongsian strategik baharu
Anwar dan Ishiba membincangkan pelbagai inisiatif dalam sektor pendidikan termasuk penubuhan kampus cawangan University Tsukuba di Malaysia.
Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai
Kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women In Energy'
Buku itu bertujuan untuk meraikan sumbangan wanita dalam membentuk peralihan tenaga di Malaysia.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
AWANI Ringkas: Mula dibayar 13 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ronaldo gembira tinggal di Arab Saudi
Ronaldo menepis spekulasi mahu meninggalkan kelabnya, Al-Nassr dan menegaskan dia dan keluarganya gembira tinggal di Arab Saudi.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Neymar sepatutnya menang lima Ballon d'Or - Buffon
Gianluigi Buffon percaya Neymar seharusnya memenangi sekurang-kurangnya lima anugerah Ballon d'or dalam karier bola sepaknya.
Gol akrobatik Cristiano Ronaldo warnai kemenangan Portugal
Pemenang Ballon d'Or lima kali itu melengkapkan hantaran silang Vitinha dengan jaringan akrobatik mengatasi Marcin Bulka.
Cristiano Ronaldo tidak letak pelan jangka masa panjang
Cristiano Ronaldo telah mengakui tidak boleh memikirkan terlalu jauh lagi ketika dia menghampiri usia 40-an.
ACLE: Arif Aiman tangga teratas jumlah percubaan tepat, Cristiano Ronaldo keempat
Arif Aiman kekal sebagai pemain yang mempunyai jumlah percubaan tepat terbanyak dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ketika ini.
Ronaldo nafi beraksi di Liga Pro Saudi kerana wang
Ronaldo menjelaskan bahawa perpindahannya ke Liga Pro Saudi bukan kerana wang, sebaliknya kerana minatnya yang tinggi terhadap bola sepak.
ACLE: Arif Aiman di tangga kedua, Cristiano Ronaldo kesembilan
Bintang JDT Arif Aiman kini berada di tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.
Lelaki China sanggup berbasikal tujuh bulan jumpa Cristiano Ronaldo
Seorang pemuda sanggup berbasikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.
ACLE: Ronaldo, Laporte pacu kemenangan Al-Nassr
Selepas tiga perlawanan, ketiga-tiganya masih belum kalah - Al-Hilal dan Al-Ahli menduduki dua tempat teratas; Al-Nassr pula di tangga keempat.