Selepas mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Thomas sebagai juara Kumpulan C, skuad negara kini hanya menunggu siapa lawan yang akan ditentang mereka Khamis ini.
Bagi pemain perseorangan kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, siapa pun lawan yang akan ditentang, skuad negara sudah bersedia menghadapi mereka.
Malah, Iskandar mengakui beliau kini semakin teruja menghadapi saingan Piala Thomas yang semakin mencabar, selepas sekadar menjadi rakan sparring pada edisi 2014 di India.
Pemain berusia 24 tahun itu berjaya menyumbang mata berharga kepada skuad negara apabila diturunkan menentang Jerman, semalam dan Korea Selatan semalam.
"Memang Chong Wei (Datuk Lee Chong Wei) ada cakap mata yang dikutip saya hari ini adalah penting untuk negara. Saya anggap ini sebagai satu cabaran untuk saya lebih maju lagi," katanya.
Iskandar, pemain ranking ke-36 dunia, menyumbang mata kedua negara ketika menentang Korea Selatan, untuk mendahului 2-1 apabila menewaskan pemain nombor 16 dunia, Lee Dong Keun 21-17, 21-15 selepas gandingan Goh V Shem/Koo Kien Keat tewas kepada pasangan nombor satu dunia Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong.
Mata kemenangan skuad negara disumbang Chong Wei Feng yang menundukkan Jeon Hyeok Jin 21-16, 21-16 selepas Tan Boon Heong-Tan Wee Kiong gagal mengutip mata kemenangan apabila tewas kepada Kim Gi Jung-Kim Sa Rang 14-21, 22-24 bagi membolehkan Korea mengikat kedudukan 2-2.
Malaysia mengutip mata pertama menerusi Chong Wei yang menundukkan 21-18, 21-15, sekali gus kesemua mata dalam pertemuan dengan Korea Selatan datangnya daripada pemain perseorangan.
Kemenangan itu juga bererti sebagai juara kumpulan, skuad negara berjaya mengelak pertembungan dengan juara kumpulan lain di suku akhir, apabila undian dilakukan esok.
Sementara itu, Tan Boon Heong yang gandingan bersama Koo Keien Keat dipisahkan dalam perlawanan menentang Korea Selatan berkata, nasib tidak menyebelahinya bersama Tan Wee Kiong kerana masih belum menemui rentak permainan yang sebenar.
"Saya sedia jika dipisahkan lagi. Hari ini, saya melakukan banyak kesilapan dan saya akui ia salah sendiri kerana masih belum dapat rentak," katanya.
Bernama
Wed May 18 2016
![Piala Thomas: Malaysia siap sedia hadapi lawan suku akhir Piala Thomas: Malaysia siap sedia hadapi lawan suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61463536481_IskandarZulkarnain.jpg)
Pemain perseorangan kedua negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin membalas hantaran lawannya dari Korea Selatan Lee Dong Keun pada Kejohanan Piala Thomas di Pusat Sukan Kunshan semalam. - FotoBERNAMA
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739720652_AmarDouglas.jpg)
Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
![Iskandar Zulkarnain kini jurulatih sepenuh masa di Ireland Iskandar Zulkarnain kini jurulatih sepenuh masa di Ireland](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648601838_IskandarZulkarnain.jpg)
Iskandar Zulkarnain kini jurulatih sepenuh masa di Ireland
Dia mengambil inspirasi daripada bekas jurulatihnya selaku nilai tambah dalam misi meningkatkan prestasi pemain.
![Iskandar Zulkarnain terima tawaran jadi jurulatih di Ireland Iskandar Zulkarnain terima tawaran jadi jurulatih di Ireland](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81632071523_IskandarZulkarnain.jpg)
Iskandar Zulkarnain terima tawaran jadi jurulatih di Ireland
Kariernya sebagai pemain masih belum berakhir tetapi tidak akan mempersiakan peluang untuk berkelana di bumi Eropah.
![Iskandar kongsi rasa terkilan detik kemerosotan Iskandar kongsi rasa terkilan detik kemerosotan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71596058402_IskandarZulkarnain.jpg)
Iskandar kongsi rasa terkilan detik kemerosotan
Tetapi tidak ramai tahu kisah sebenar kejatuhan bekas juara kebangsaan perseorangan lelaki itu.
![Iskandar perlu ubah sikap, jaga disiplin - Chong Wei Iskandar perlu ubah sikap, jaga disiplin - Chong Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61463751173_IskandarZulkarnain.jpg)
Iskandar perlu ubah sikap, jaga disiplin - Chong Wei
Iskandar tidak boleh merokok semasa menyertai kejohanan seperti Piala Thomas, Bangkok, Thailand dan seharusnya sedar dengan kesan kelakuannya itu.
![Zii Jia, Jun Hao tidak boleh berlengah lagi - Misbun Zii Jia, Jun Hao tidak boleh berlengah lagi - Misbun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41527557100_Misbun.jpg)
Zii Jia, Jun Hao tidak boleh berlengah lagi - Misbun
Ia merujuk kepada prestasi semasa dua pemain itu dalam saingan Piala Thomas baru-baru ini.
![Iskandar akan berentap dalam Masters Malaysia Iskandar akan berentap dalam Masters Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71453558009_IskandarZulkarnain.jpg)
Iskandar akan berentap dalam Masters Malaysia
Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, sah bakal beraksi dalam Kejohanan Masters Malaysia bermula 16 Januari ini.
![Kehadiran Misbun cipta debaran Kehadiran Misbun cipta debaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/41497022749_Jurulatihbadminton.jpg)
Kehadiran Misbun cipta debaran
Skuad perseorangan lelaki badminton negara tampak bersemangat menantikan kehadiran Datuk Misbun Sidek apabila ketua jurulatih kebangsaan berusia 57 tahun itu bakal memulakan tugasnya pada 1 Julai ini.
![Iskandar Zulkarnain mara ke suku akhir terbuka China Iskandar Zulkarnain mara ke suku akhir terbuka China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61463751173_IskandarZulkarnain.jpg)
Iskandar Zulkarnain mara ke suku akhir terbuka China
Pemain perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin buat pertama kali mara ke suku akhir kejohanan badminton Siri Super pada Terbuka China.
![Iskandar melangkah ke suku akhir Terbuka Taiwan Iskandar melangkah ke suku akhir Terbuka Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61463751173_IskandarZulkarnain.jpg)
Iskandar melangkah ke suku akhir Terbuka Taiwan
Beregu lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong, juga mara apabila tewaskan Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi 21-19, 21-18 dalam masa 36 minit.
![Pemain negara bermula baik di Terbuka Australia Pemain negara bermula baik di Terbuka Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61463751173_IskandarZulkarnain.jpg)
Pemain negara bermula baik di Terbuka Australia
Iskandar Zulkarnain Zainuddin mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Brice Leverdez dari Perancis di Sydney.