Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menasihatkan pemain perseorangan lelaki kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin agar mengubah sikap dan menjadi contoh kepada pemain muda yang lain.
Chong Wei berkata Iskandar tidak boleh merokok semasa menyertai kejohanan seperti Piala Thomas, Bangkok, Thailand dan seharusnya sedar dengan kesan kelakuannya itu.
Semalam Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria memaklumkan bahawa Iskandar digugurkan daripada senarai pemain badminton ke Sukan Asia Indonesia pada Ogos ini selepas didapati merokok dan tidak hadir latihan.
"Disiplin adalah paling penting. Perkara yang saya belajar daripada Jurulatih Misbun (Datuk Misbun Sidek) ialah jaga disiplin. Jurulatih memang tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemain yang ada masalah disiplin.
Dalam hal Iskandar, perkara ini bukan sekali beliau ditegur tetapi sudah banyak kali, tetapi dia mengambil mudah teguran itu. Pada pendapat saya, jurulatih dan BAM telah melakukan keputusan yang terbaik untuk Iskandar,
"Semua orang tahu merokok akan menjejaskan kecergasan seseorang atlet. Iskandar bukan budak-budak berusia 14 tahun atau 17 tahun yang perlu dimarahi setiap hari. Beliau seharusnya memikirkan semula apa yang dia mahu dalam karier badminton," kata Chong Wei ketika diminta mengulas mengenai keputusan BAM menggugurkan nama Iskandar dalam senarai ke Sukan Asia Indonesia.
Misbun berkata beliau mahu menghantar pemain ke Sukan Asia bersih daripada masalah disiplin dan berharap Iskandar berfikiran matang dalam menentu hala tuju sebagai pemain badminton.
"Masalah pemain yang merokok adalah luar bidang kuasa saya sebagai jurulatih. Pengguguran Iskandar itu tidak melibatkan keputusan pilih kasih atau perkauman. Apabila kita sudah meletakkan mandatori kepada arahan, pemain itu perlu patuh.
Kalau saya mahu seseorang pemain, beliau perlu memberikan komitmen dalam latihan, habiskan modul latihan yang diberikan, dengar arahan dan menjadi contoh kepada pemain-pemain yang muda daripadanya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 01 2018
![Iskandar perlu ubah sikap, jaga disiplin - Chong Wei Iskandar perlu ubah sikap, jaga disiplin - Chong Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61463751173_IskandarZulkarnain.jpg)
Iskandar dikatakan sudah ditegur beberapa kali. - Gambar fail
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720367469_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
![Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719398388_tbHoeYeanRouxin.jpg)
Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris
Dua perenang negara Steve Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin menjadi atlet terbaharu negara yang bakal beraksi pada temasya Olimpik Paris 2024.
![Sukan Olimpik: Ashley Lau atlet ke-22 negara layak ke Paris 2024 Sukan Olimpik: Ashley Lau atlet ke-22 negara layak ke Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719361733_AshleyLauJenWen.jpg)
Sukan Olimpik: Ashley Lau atlet ke-22 negara layak ke Paris 2024
Pemain golf wanita profesional negara, Ashley Lau Jen Wen akan membuat penampilan sulung dalam edisi kali ini.
![Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718954019_TBNorzaZakaria.jpg)
Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.
![Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718320728_ShereenVallabuoy.jpg)
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini
Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu bakal menampilkan 578 atlet terdiri daripada 17 pasukan dalam negara dan lapan negara luar.
![Atlet negara lebih lengkap, sedia untuk berjuang di Paris - Hannah Atlet negara lebih lengkap, sedia untuk berjuang di Paris - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714828912_HannahYeoh.jpg)
Atlet negara lebih lengkap, sedia untuk berjuang di Paris - Hannah
Hannah berkata para atlet negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 lebih 'lengkap' dan bersedia berbanding ketika menghadapi beberapa edisi temasya sukan terbesar dunia itu sebelum ini.
![Seramai 17 atlet telah layak ke Paralimpik Paris Seramai 17 atlet telah layak ke Paralimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715957320_TBParalimpik.jpg)
Seramai 17 atlet telah layak ke Paralimpik Paris
Seramai 17 atlet negara telah meraih tiket ke Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos hingga 8 Sept ini, kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
![Sivasangari ketepi gangguan, teruskan prestasi cemerlang untuk kejohanan dunia Sivasangari ketepi gangguan, teruskan prestasi cemerlang untuk kejohanan dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714811206_Sivasangari.jpg)
Sivasangari ketepi gangguan, teruskan prestasi cemerlang untuk kejohanan dunia
Apa 'kata-kata hikmat' yang disampaikan oleh Juara Dunia sebanyak lapan kali, Datuk Nicol David, kepada Sivasangari?
![Atlet perlu bersedia jika Malaysia anjur Sukan Komanwel 2026 - Nicol Atlet perlu bersedia jika Malaysia anjur Sukan Komanwel 2026 - Nicol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702106048_TBNICOLDAVID.jpg)
Atlet perlu bersedia jika Malaysia anjur Sukan Komanwel 2026 - Nicol
Sama ada Malaysia menganjurkan temasya itu atau tidak, atlet negara di bawah program pembangunan dan latihan MSN sentiasa menjalani latihan.
![Hadiah kereta menanti pemenang pingat Sukan Olimpik di Paris - Hannah Hadiah kereta menanti pemenang pingat Sukan Olimpik di Paris - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692434880_HannahYeoh.jpg)
Hadiah kereta menanti pemenang pingat Sukan Olimpik di Paris - Hannah
Jawatankuasa Road To Gold (RTG) telah menerima tawaran daripada sebuah syarikat kereta yang berminat memberi ganjaran kepada atlet negara.
![Tiada campur tangan, 'entiti' atau kemelut dalaman - Hannah Tiada campur tangan, 'entiti' atau kemelut dalaman - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706269164_HannahYeoh.jpg)
Tiada campur tangan, 'entiti' atau kemelut dalaman - Hannah
Komunikasi antara atlet, jurulatih dan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) perlu dipertingkatkan bagi mengelak isu kegagalan di Doha berulang.