Skuad Harimau Malaysia menempuh jalan sukar untuk memburu slot separuh akhir selepas tewas 0-1 kepada Vietnam pada aksi kedua Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Thuwunna di sini, hari ini.
Sebaliknya, kemenangan kedua berturut-turut yang dilakar Vietnam itu menyaksikan mereka mengiringi juara bertahan, Thailand ke separuh akhir.
Untuk rekod, Thailand menjadi pasukan pertama layak ke separuh akhir selepas merekodkan kemenangan kedua dalam aksi kedua Kumpulan A, setelah mengatasi Singapura 1-0 pada perlawanan berlangsung di Stadium Philippine Sports di Filipina, semalam.
Pada aksi di Yangon, pasukan Vietnam jelas menguasai babak awal perlawanan dengan melancarkan serangan bertali arus menerusi gandingan kapten pasukan, Le Cong Vinh dan Nguyen Van Quyet, namun berjaya dikekang pertahanan negara diketuai Muhd Shahrom Abdul Kalam.
Percubaan terbaik Malaysia hadir menerusi percubaan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-42 yang terus ke dakapan penjaga gol Vietnam, Tran Nguyen Manh dan keputusan seri tanpa jaringan itu kekal sehingga tamat babak pertama perlawanan.
Sebaik perlawanan bersambung, Vietnam meneruskan asakan ke kubu skuad Harimau Malaysia bagi memburu jaringan pembukaan, namun dihampakan dengan kecekapan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Skuad Harimau Malaysia hampir membuka jaringan pada minit ke-66, namun rembatan kencang Ahmad Hazwan di dalam kotak penalti, berjaya diselamatkan Nguyen Manh.
Usaha berterusan Vietnam akhirnya membuahkan hasil apabila pemain gantian, Nguyen Trong Hoang menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-79 selepas menolak masuk bola, ketika pertahanan Malaysia cuba mengeluarkan bola daripada kawasan penalti.
Kedua-dua pasukan saling mengasak bagi meraih jaringan namun keputusan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.
Malaysia perlu menewaskan tuan rumah bersama, Myanmar di venue yang sama, Sabtu ini, untuk menghidupkan peluang ke separuh akhir.
Vietnam pula akan melengkapkan aksi terakhir Kumpulan B menentang Kemboja di Stadium Wunna Theikdi, Naypyitaw pada Sabtu. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 23 2016
![Piala Suzuki AFF: Malaysia tempuh jalan sukar ke separuh akhir Piala Suzuki AFF: Malaysia tempuh jalan sukar ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81479892528_AFFSuzuki.jpg)
Malaysia perlu menewaskan tuan rumah bersama, Myanmar di venue yang sama, Sabtu ini, untuk menghidupkan peluang ke separuh akhir. - Foto Bernama
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Piala Suzuki AFF: Malaysia tempuh jalan sukar ke separuh akhir Piala Suzuki AFF: Malaysia tempuh jalan sukar ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81479892528_AFFSuzuki.jpg)
Piala Suzuki AFF: Malaysia tempuh jalan sukar ke separuh akhir
Skuad Harimau Malaysia menempuh jalan sukar untuk memburu slot separuh akhir selepas tewas 0-1 kepada Vietnam pada aksi kedua Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Thuwunna di sini, hari ini.