Taiwan, Denmark dan Jepun menempah tiket ke suku akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2013 selepas mengalahkan lawan masing-masing pada saingan peringkat kumpulan di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini malam tadi.
Taiwan, yang mengejutkan tuan rumah Malaysia 3-2 pada Ahad, mengekalkan rekod tanpa kalah untuk mengungguli Kumpulan C apabila mengalahkan Jerman 5-0 pada perlawanan kedua kumpulan.
Pada pertemuan dengan Jerman, beregu campuran, Lu Ching Yao dan Lai Chia Wen memberikan mata pertama untuk Taiwan selepas mengalahkan Michael Fuchs dan Michels Birgit dengan keputusan 13-21, 22-20 dan 23-21.
Hsuen Hsuah Yi menghadiahkan mata kedua menerusi acara perseorangan lelaki apabila mengalahkan Domke Dieter dengan keputusan 22-20, 21-14 manakala mata kemenangan diperolehi menerusi beregu lelaki Lee Sheng Mu dan Tsai Chia Tsin.
Mereka mengalahkan Kindervater Ingo dan Schoettler Johannes, 21-18 dan 21-7.
Juara perseorangan wanita Terbuka Malaysia 2013, Tai Tzu Ying menghadiahkan mata keempat dengan menewaskan Schnaase Karin, 21-15 dan 23-21 sebelum beregu wanita, Cheng Wen Hsing dan Hsieh Pei Chen memastikan kemenangan selesa dengan kemenangan 13-21, 21-16 dan 21-19 ke atas Michels Birgit dan Golsizewski Johanna.
Malaysia pula perlu mengalahkan Jerman dalam aksi terakhir kumpulan hari ini untuk layak ke suku akhir.
Dalam Kumpulan D, Jepun mengesahkan tempat ke suku akhir apabila menamatkan cabaran Singapura dengan keputusan 5-0.
Jepun akan menentang Denmark esok untuk menentukan kedudukan kumpulan.
Denmark turut mengiringi Jepun ke suku akhir daripada kumpulan itu selepas menewaskan Singapura 4-1 semalam.
Dalam saingan kumpulan A, Indonesia mencerahkan peluang ke suku selepas menewaskan India 4-1.
Indonesia akan menentang China hari ini untuk mengesahkan tempat ke suku akhir. Pada Ahad, China membuka kempen dengan menundukkan India 5-0.
Indonesia mengumpul mata pertama menerusi beregu lelaki Angga Pratama dan Saputro Rian Anggun yang mengalahkan Dewalkar Akshay dan Chopra Pranaav Jerry dengan kemenangan 21-13 dan 21-10.
Fanetri Lindaweni menghadiahkan mata kedua untuk Indonesia selepas mengalahkan P.V Sindhu dengan kemenangan 21-15 dan 21-10 sebelum perseorangan lelaki India, Kashyap Parupalli merapatkan jurang kepada 2-1 menerusi kemenangan 21-18 dan 21-14 ke atas Dionysius Hayom Rumbaka.
Beregu wanita, Greysia Polli dan Maheswari Nitya Krishinda memberikan mata keempat Indonesia selepas mengalahkan Ashwini Ponnappa dan Pradnya Gadre, 21-19 dan 22-20.
Ahmad Tontowi dan Lilyana Natsir memastikan kemenangan mutlak Indonesia dengan kemenangan 21-13 dan 21-14 ke atas Arun Vishnu dan Aparna Balan menerusi acara beregu campuran.
Dalam saingan kumpulan B, juara tiga kali, Korea Selatan turut mencerahkan peluang ke suku akhir selepas menundukkan Hong Kong dengan keputusan 4-1.
Hong Kong tersingkir daripada kejohanan itu selepas tewas 2-3 kepada Thailand pada Ahad.
Berdasarkan format kejohanan, hanya dua pasukan terbaik daripada setiap empat kumpulan yang beraksi dalam Divisyen satu layak ke suku akhir manakala 18 pasukan keseluruhan yang beraksi dalam Divisyen dua dan tiga pula bertanding bagi memperbaiki ranking mereka dalam Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Bernama
Mon May 20 2013

AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.