China membuktikan mereka merupakan pasukan badminton terbaik dunia selepas mudah menundukkan Korea Selatan, 3-0 pada perlawanan akhir Piala Sudirman 2013 yang penuh mendebarkan di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini hari ini.
Kemenangan tersebut menjadikan negara Tembok Besar itu pasukan paling berjaya dalam sejarah kejohanan badminton campuran berpasukan dunia dengan sembilan kejuaraan termasuk kemenangan yang diraih hari ini.
Mereka pernah meraih kejuaraan pada 1995, 1997, 1999, 2001, 2005, 2007, 2009 dan 2011 selain muncul naib juara pada 2003 di Belanda.
Kekalahan itu pula memusnahkan harapan Korea Selatan untuk menjulang Piala Sudirman buat kali keempat selepas menang pada 1991, 1993 dan 2003 selain muncul naib juara juga sebanyak tiga kali iaitu pada 1989, 1997 dan 2009.
Pada perlawanan hari ini, beregu campuran nombor satu dunia, Xu Chen dan Ma Jin memberikan mata pertama untuk pasukan negara Tembok Besar itu selepas mereka mengalahkan Ko Sung Hyun dan Kim Ha Na 21-13 dan 21-15.
Perseorangan lelaki kedua dunia, Chen Long melebarkan kedudukan kepada 2-0 buat China selepas menundukkan pemain ranking ke-63 dunia, Lee Dong Keun 21-15 dan 21-10.
Beregu lelaki keenam dunia yang juga juara All-England 2013, Liu Xiaolong dan Qiu Zihan memastikan kemenangan selesa 3-0 buat China selepas mereka mencipta kejutan dengan menundukkan beregu kedua dunia, Ko Sung Hyun dan Lee Yong Dae 21-19 dan 21-17.
Naib Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi rantau Asia, Liu Feng Yan menyampaikan trofi Piala Sudirman kepada Ketua jurulatih badminton China, Li Yongbo.
Thailand dan Denmark pula berkongsi tempat ketiga selepas masing-masing tumpas kepada Korea Selatan dan China dengan keputusan 3-1 pada aksi separuh akhir, semalam.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah, Li merakamkan penghargaan kepada barisan pemainnya berikutan aksi cemerlang mereka menentang Korea Selatan, sekali gus membolehkan mereka merangkul kejuaraan buat kali kesembilan.
"Saya gembira melihat pemain kami menebus kekalahan 3-1 di tangan lawan yang sama pada 2003 dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemain serta staf kejurulatihan kerana usaha tanpa lelah mereka bagi memastikan pasukan kami memenangi kejohanan tahun ini.
"Sebenarnya, saya tidak menyangkakan pasukan saya akan mencatat kemenangan mudah ke atas Korea Selatan memandangkan kami terpaksa mengharungi pertarungan sengit menentang Indonesia di peringkat suku akhir pada Khamis dan Denmark dalam pertembungan separuh akhir semalam," katanya.
Bekas pemain beregu campuran China berusia 50 tahun itu berkata titik peralihan pasukannya untuk memenangi perlawanan hari ini disebabkan persembahan terbaik Xu dan Ma menentang pasangan beregu campuran Korea Selatan.
"Xu dan Ma mempunyai rekod pencapaian yang lemah ke atas pasangan Korea Selatan. Kemenangan mereka memberi lonjakan tambahan kepada pemain lain untuk menyumbang mata penting kepada pasukan kami," kata Li.
Ditanya mengenai pencapaian Malaysia dalam kejohanan tahun ini, Li berkata negara ini perlu belajar cara membangunkan lebih banyak bakat muda daripada hanya bergantung sepenuhnya kepada pemain berpengalaman untuk menyumbang mata.
"Kami sebaliknya sering memberi peluang kepada pemain muda (seperti Liu dan Qiu dalam beregu lelaki) untuk menyumbang mata kepada kami sungguhpun saya tahu ia membawa risiko besar bagi keseluruhan pasukan untuk memenangi kesemua perlawanan," kata Li.
Turut berkongsi pandangan Li ialah ketua jurulatih Korea Selatan, Ha Tae-Kwon yang menggesa negara lain untuk mempelajari cara negara Tembok Besar itu mencungkil bakat baharu bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan mereka dalam sukan badminton.
Bernama
Sun May 26 2013

Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.