KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi menjadi igauan ngeri buat Thailand apabila skuad Harimau Malaya melakar kemenangan 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi Kejohanan Piala Raja Thailand yang berlangsung Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai malam tadi.
Pemenang perlawanan yang akan menentukan pasukan mana mara ke final terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi 90 minit berakhir 1-1 yang menyaksikan Pansa Hemviboon menjaringkan gol penyamaan Thailand di penghujung perlawanan selepas La'Vere Corbin-Ong meletakkan Malaysia di depan pada separuh masa pertama.
Penjaga gol negara Ahmad Syihan Hazmi Mohamed layak diangkat sebagai wira pasukan apabila menampilkan persembahan terpuji selepas menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya skuad Gajah Perang termasuk menafikan percubaan Supachok Sarachat dalam penentuan sepakan penalti.
Skuad kebangsaan kendalian Kim Pan Gon tidak berdepan masalah dalam momen getir itu apabila kelima-lima percubaan masing-masing berjaya disempurnakan Ketua Pasukan Dion Cools, Muhammad Syafiq Ahmad, Matthew Davies, Declan Lambert dan Corbin-Ong.
Terdahulu, selepas beberapa siri serangan Malaysia akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-32 menerusi Corbin-Ong yang berlari ke dalam kotak penalti untuk menyambar hantaran cantik Muhammad Safawi Rasid dan menewaskan penjaga gol Kampon Phatomakkakul.
Skuad Thailand kendalian Alexandre Polking yang tersentak dengan gol itu cuba bangkit mencari gol penyamaan, namun serangan demi serangan berjaya dipatahkan barisan pertahanan negara sebelum Cools hampir menggandakan kedudukan menerusi tandukan pada masa kecederaan babak pertama.
Bersambung separuh masa kedua, keputusan Polking membawa masuk tiga pemain termasuk pemain sayap Buriram United Suphanat Mueanta membuahkan hasil apabila ia memberi nafas baharu dalam serangan pasukan.
Bagaimanapun, Malaysia yang kekal berdisiplin hampir menambah jaringan menerusi penyeran Darren Lok pada minit ke-61 tetapi tandukan terbangnya selepas menerima hantaran Brendan Gan berjaya diselamatkan Phatomakkakul.
Thailand kemudian bangkit mencipta lebih banyak peluang keemasan untuk meledak jaringan, namun Ahmad Syihan menjadi penghalang apabila menyelamatkan tiga percubaan berbahaya masing-masing rembatan Mueanta pada minit ke-63 dan minit ke-71 dan tandukan Supachai Chaided pada minit ke-77.
Seakan Malaysia memenangi perlawanan, pemain tengah Muhamad Nor Azam Abdul Azih dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua pada masa kecederaan babak kedua sebelum Hemviboon menanduk sepakan percuma rakan sepasukan untuk gol penyamaan.
Malaysia pernah menjulang piala berkenaan sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1972, 1976, 1977 dan 1978.
Kejayaan skuad kebangsaan malam tadi menyaksikan Thailand terus gagal menamatkan kemarau kemenangan ke atas pasukan negara sejak Disember 2014 selepas turut tewas 0-1 pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 pada Jun tahun lepas.
Pertembungan malam tadi turut memberikan keceriaan kepada penyokong negara apabila menyaksikan Brendan yang juga pemain tengah Selangor FC kembali membuat kemunculan dalam jersi pasukan negara selepas melalui pelbagai cabaran dan halangan sejak setahun lepas.
Kali terkahir Brendan menyertai pasukan kebangsaan ialah semasa pasukan negara mengalahkan Thailand 1-0 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 sebelum sebelum beliau disahkan menghidap kanser.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022

Malaysia menang penentuan sepakan penalti 5-3 dan layak ke final bertemu Tajikistan. - Foto Facebook/Football Association of Malaysia
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.

Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.

Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.

Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.

Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.

'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.

Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.

Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.