MICHAEL Leitch dan Jamie Joseph mendedikasikan kemenangan hebat Jepun ke atas Scotland dalam saingan Piala Dunia Ragbi buat semua mangsa Taufan Hagibis serta keluarga yang bersedih.
Skuad tuan rumah itu menang 28-21 dalam aksi di Yokohama sekali gus mencipta sejarah melangkah ke suku akhir kejohanan buat kali pertama.
Jepun memenangi keempat-empat perlawanan yang di laman sendiri dan selaku juara Kumpulan A, mereka bakal menentang Afrika Selatan, Ahad ini di Tokyo tatkala demam ragbi melanda negara itu.
Namun, kemeriahan itu direncatkan dengan kehadiran bencana alam yang meragut 20 nyawa menurut laporan media tempatan, tidak termasuk mereka yang gagal dikesan serta jumlah hartanah yang mengalami kerosakan.
"Ia detik yang sukar dengan taufan tetapi saya mahu mengucapkan terima kasih yang menjayakan perlawanan ini. Buat mereka yang merana akibat taufan itu, perlawanan ini untuk anda," kata kapten Jepun, Leitch.
"Penyokong sangat hebat untuk kami. Seluruh jiwa kami adalah untuk mereka yang merana."
Pengendali Jepun, Joseph, berkata: "Anda boleh lihat sekeliling dan saksikan betapa istimewa detik ini buat pasukan dan negara.
"Sebelum saya bercakap tentang aksi di padang, saya mahu menyentuh semua pihak yang kehilangan ahli keluarga akibat taufan, hari ini. Ia memberi motivasi tinggi buat kami. Kami bercakap tentangnya pagi ini sebagai satu kumpulan. Pemain benar-benar mahu bermain."
Leitch juga menambah, dia sangat berbangga dengan pencapaian jepun selepas mendahului 28-7 dan menafikan kebangkitan Scotland dengan penuh bergaya.
"Sejak permulaan, kami beraksi sepenuh hati," tambah Leitch.
"Hari ini, tiada istilah teknik. Ia tentang emposi dan fizikal. Saya fikir kami tunjukkannya hari ini.
"Kami akan berikan segalanya dalam aksi seterusnya."
Jika Jepun mahu meneruskan kecemerlangan, merek harus melepasi cabaran The Springboks -- seperti apa yang dilakukan empat tahun lalu di Brighton, di mana ia dilihat sebagai pencetus kepada generasi hari ini.
Joseph teruja dengan prestasi terkini pasukannya, berkata: "Pasukan saya telah melakukan persiapan yang benar-benar rapi untuk Piala Dunia dan memberikan segalanya setiap minggu. Namun, hari ini mereka telah berada di satu tahap yang berbeza.
"Mereka memberikan segalanya yang mampu, tidak kira pemain yang paling berpengalaman serta baru, mereka memberikan 150 peratus."
Astro Arena
Mon Oct 14 2019
Pemain Jepun, Kenki Fukuoka dan ahli pasukannya meraikan kejayaan di hujung perlawanan antara Jepun dan Scotland di Stadium Antarabangsa Yokohama, Yokohama, 13 Okt, 2019. REUTERS
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Tujuh maut, lebih 820,000 keluarga terjejas akibat tiga taufan di Filipina
NDRRMC menyatakan bahawa tujuh kematian berkenaan kesemuanya dari Lembah Cagayan, dan masih dalam proses pengesahan.
Taufan Nika diramal mendarat di Filipina pada Isnin
Menurut PAGASA, pusat ribut itu dianggarkan berada 425 kilometer di timur Infanta berdasarkan semua data yang ada.
Tiada korban akibat Taufan Rafael - Presiden Cuba
Keutamaan kini tertumpu kepada usaha pemulihan di wilayah barat Cuba iaitu Artemisa, Havana, dan Mayabeque, yang merupakan kawasan paling terjejas.
Taufan Marce jejaskan lebih 7,200 keluarga di Filipina
Keluarga yang terlibat berasal dari 239 kawasan di Wilayah Ilocos, Cagayan Valley, dan Cordillera.
Angka kematian akibat banjir terburuk di Sepanyol meningkat kepada 207 orang
Angka korban dijangka meningkat dalam beberapa jam akan datang ketika pasukan penyelamat terus melakukan pencarian di kawasan yang paling terjejas.
Malaysia hargai negara APT atas sokongan perkukuh rantaian bekalan makanan serantau
Malaysia menyampaikan ucapan penghargaan kepada negara ASEAN Campur Tiga (APT) atas komitmen dan sokongan diberikan dalam memperkukuh rantaian bekalan makanan serantau.
95 maut dalam banjir dahsyat di Sepanyol
Angka kematian akibat banjir dahsyat di timur Sepanyol meningkat kepada 95 orang, menurut penyiar awam negara itu RTVE, seperti yang dilaporkan oleh Agensi Anadolu lewat Rabu.
Belanjawan 2025: RM750 juta kepada PBT, JPS, NADMA untuk persiapan banjir
Anwar berkata pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor.
Timur Turkiye digegarkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud
Gempa itu dilaporkan turut dirasai di wilayah sekitar termasuk Elazig dan Diyarbakir.
Lebih 100,000 terpaksa dipindahkan di Sri Lanka
Seramai 118,032 orang terjejas akibat banjir kilat, petir, pokok tumbang, tanah runtuh dan angin kencang.