COLOMBO: Lebih 100,000 orang terpaksa dipindahkan di 12 daerah di Sri Lanka akibat bencana berkaitan hujan sejak 7 Oktober hingga pagi Ahad, menurut Pusat Pengurusan Bencana (DMC) negara itu.

DMC memaklumkan bahawa seramai 118,032 orang terjejas akibat banjir kilat, petir, pokok tumbang, tanah runtuh dan angin kencang, lapor Xinhua.

Menurut DMC, 234 rumah mengalami kerosakan.

Jabatan Meteorologi Sri Lanka memaklumkan bahawa hujan atau ribut petir dijangka berlaku di wilayah Barat, Sabaragamuwa, Barat Laut, Tengah, Utara serta di daerah Galle dan Matara.

-- BERNAMA