ENGLAND mengesahkan tempat dalam suku akhir Piala Dunia Ragbi selepas Jepun menewaskan 14 pemain Samoa 28-22 di Touloues awal pagi.
Kemenangan itu turut menghidupkan peluang Jepun untuk ke pusingan kalah mati.
The Brave Blossoms akan berdepan Argentina dalam aksi terakhir Kumpulan D dan hanya satu daripada dua pasukan berkenaan akan mengiringi England bimbingan Steve Bothwick, yang kini sah bergelar juara kumpulan berkenaan menjelang pertemuan dengan Samoa.
Japan, yang kali pertama layak ke suku akhir dalam edisi empat tahun lalu, membuka jaringan seawal minit ke-13 menerusi try Pieter Labuschagne dan conversion Rikiya Matsuda.
Penalti daripada D’Angelo Leuila kemudian membantu Samoa mengikat kedudukan tetapi sepakan Matsuda kembali meletakkan Jepun di depan.
Michael Leitch kemudian menambah satu lagi try di penjuru sebelum pemain Samoa, Jonathan Taumeteine, dilayangkan kad kuning.
Samoa, yang akan berdepan England di Lille pada 7 Oktober depan, merapatkan jurang menerusi Ben Lam untuk menuju ke waktu rehat dengan ketinggalan 8-17.
Samoa kemudian sekali lagi menerima kad kuning apabila Ben Lam didapati melakukan 'tackle' tinggi ke arah kepala Labuschagne.
Jepun kemudian melebarkan kelebihan mereka apabila Kasuki Himeno melakukan try di penjuru tetapi Matsuda gagal dalam conversion kali ini.
Keadaan semakin getir buat Samoa apabila Lam dilayangkan kad merah sebelum Matsuda kembali mendapatkan sentuhannya untuk melebarkan kelebihan Jepun kepada 25-8.
Duncan Paia’aua berhasil merapatkan jurang buat Samoa menerusi trynya yang disusuli dengan conversion Leuila tetapi Matsuda kembali melebarkan jurang itu menerusi penalti jarak jauh.
Dengan 14 pemain, Samoa terus berjuang dengan try dan conversion yang dilakukan Christian Leali’ifano, namun Japan mengekalkan kelebihan mereka sehingga ke wisel penamat, sekali gus menjadi pencetus semangat menjelang pertemuan penting dengan Argentina di Nantes pada 8 Oktober ini. - Stadium Astro
Astro Arena
Fri Sep 29 2023
Ketua pasukan Jepun Kazuki Himeno merebut bola bersama pemain Samoa Steven Luatua ketika perlawanan Kumpulan D Piala Dunia Ragbu di Stadium de Toulouse, Perancis. - Foto AP
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Dunia Ragbi: Afrika Selatan jumpa New Zealand di final
KAPTEN Afrika Selatan, Siya Kolisi memuji semangat pasukannya selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan England, 16-15 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Ragbi di Stade de France.
Cane dilantik kapten baru All Blacks
Pemain berusia 28 tahun itu membuat kemunculan pertama ketika menentang Ireland pada 2012 dan sejak itu telah mewakili negaranya sebanyak 68 kali.
Menang Piala Dunia, hari Isnin tetap kerja
Tiada kejuaraan lebih besar mampu diraih dalam sukan ragbi selain juara Piala Dunia RWC2019 - namun tidak bermakna Isnin diumum cuti bagi rakyat Afrika Selatan.
Afrika Selatan juara Piala Dunia Ragbi, ulang sejarah 12 tahun lalu
Kejayaan bersejarah itu sekali gus menyaksikan skuad Springboks menjulang kejuaraan ketiga selepas kali terakhir memenanginya pada edisi 2007.
Piala Dunia Ragbi: Satu pihak pasti akan mati, kata jurulatih England
"Setiap kali samurai bertempur, seorang akan kekal hidup dan seorang lagi akan mati."