KAPTEN Afrika Selatan, Siya Kolisi memuji semangat pasukannya selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan England, 16-15 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Ragbi di Stade de France, awal pagi Ahad.
Kemenangan tersebut menyaksikan Springboks akan menempah perhitungan dengan New Zealand dalam aksi final pada minggu depan.
Kolisi berkata, dia bangga dengan semangat tidak mudah menyerah yang dipamerkan semua pemain Afrika Selatan untuk menewaskan England yang tampil dengan persembahan berkualiti.
"Sejujurnya, semua kerja keras yang kami lakukan telah berhasil. Kami tidak bermain baik hari ini seperti minggu lepas tetapi kami menemui cara untuk melawan dan kembali ke dalam permainan.
"Syabas kepada semua pemain dan saya benar-benar berbangga dengan pertarungan yang ditunjukkan," katanya.
Dalam pada itu, jurulatih Springboks, Jacques Nienaber memberikan penghormatan kepada pemain England yang membuktikan kemampuan dalam aksi sengit itu.
"England cemerlang pada malam ini dan kami terpaksa bekerja keras. Mereka mempunyai rancangan taktikal yang baik, meletakkan kami di bawah tekanan.
"Kami perlu menambah baik dari segi itu jika New Zealand menggunakan taktik yang sama. Ia mengambil sedikit masa untuk mengatasinya.
"Itulah kekuatan pasukan ini. Walaupun kami tidak bermain dengan baik, kami mencari jalan untuk mendapatkan kemenangan. Ia mengambil masa 70 minit untuk muncul dalam permainan. Mereka enggan berputus asa, berjuang hingga ke detik terakhir," katanya. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Sun Oct 22 2023

Kemenangan tersebut menyaksikan Springboks akan menempah perhitungan dengan New Zealand dalam aksi final pada minggu depan. - Gambar/ AP

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Piala Dunia Ragbi: Afrika Selatan jumpa New Zealand di final
KAPTEN Afrika Selatan, Siya Kolisi memuji semangat pasukannya selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan England, 16-15 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Ragbi di Stade de France.

Cane dilantik kapten baru All Blacks
Pemain berusia 28 tahun itu membuat kemunculan pertama ketika menentang Ireland pada 2012 dan sejak itu telah mewakili negaranya sebanyak 68 kali.

Menang Piala Dunia, hari Isnin tetap kerja
Tiada kejuaraan lebih besar mampu diraih dalam sukan ragbi selain juara Piala Dunia RWC2019 - namun tidak bermakna Isnin diumum cuti bagi rakyat Afrika Selatan.

Afrika Selatan juara Piala Dunia Ragbi, ulang sejarah 12 tahun lalu
Kejayaan bersejarah itu sekali gus menyaksikan skuad Springboks menjulang kejuaraan ketiga selepas kali terakhir memenanginya pada edisi 2007.

Piala Dunia Ragbi: Satu pihak pasti akan mati, kata jurulatih England
"Setiap kali samurai bertempur, seorang akan kekal hidup dan seorang lagi akan mati."