KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw negara diingatkan supaya tidak terbuai dengan kejayaan awal menjuarai acara double dan rehi divisyen premier semalam, sebaliknya fokus untuk melakar sejarah menjulang Piala Dunia Sepak Takraw acara berpasukan yang membuka tirai hari ini.
Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan berkata detik indah kejuaraan berganda dilakar skuad negara malam tadi perlu 'dilupakan' seketika dalam usaha melengkapkan sasaran utama skuad negara.
"Syukur dapat dua kejuaraan yang kita tak pernah mimpi sebelum ini. Kita (PSM) sasar sekurang-kurangnya dalam final satu kejuaraan namun kini saya merasakan tidak mustahil untuk skuad negara dapatkan hatrik.
"Saya ingatkan pemain supaya jangan khayal dan terbuai dengan kejayaan itu kerana kita ada misi besar iaitu muncul juara Piala Dunia acara berpasukan," katanya.
Mohd Sumali optimis skuad bimbingan Ahmad Jais Baharun mampu memahat satu lagi sejarah penting berdasarkan prestasi konsisten dipamerkan pada edisi keempat kejohanan Piala Dunia itu apatah lagi setelah berjaya memecahkan dominasi gergasi sepak takraw iaitu Thailand.
"Ia tidak mustahil dan buktinya kita mampu tundukkan Thailand dengan prestasi tinggi serta keyakinan pemain selain sokongan peminat," katanya.
Semalam, skuad negara mencipta sejarah tersendiri apabila menumbangkan Thailand untuk muncul juara acara double dan regu.
Gandingan Aidil Aiman Azwawi-Noraizat Mohd Nordin cemerlang mengatasi Seksan Tubtong-Kittiphum Sareebut 17-16, 15-13 pada aksi final acara double, manakala Farhan Adam, Mohammad Syahir Mhd Rosdi dan Mohamad Azlan Alias menewaskan musuh tradisi yang juga juara bertahan itu 15-8,15-12.
Malaysia membuka tirai saingan acara berpasukan menentang Brunei pada aksi pertama Kumpulan C, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024

Pasukan Malaysia meraikan kemenangan selepas menjadi Juara dalam acara Beregu pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa pada Rabu. - Foto Bernama

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

Piala Dunia: Jangan khayal, misi skuad takraw belum lengkap - Mohd Sumali
Skuad sepak takraw negara diingatkan supaya tidak terbuai dengan kejayaan awal menjuarai acara double dan rehi divisyen premier semalam.

Takraw: Malaysia ulangi pencapaian perak, gagal tamatkan dominasi 25 tahun Thailand
Thailand merakam kemenangan 2-0 ke atas skuad sepak takraw Malaysia sekali gus meraih pingat emas buat kali ketujuh berturut-turut.