KUALA LUMPUR: Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan muncul pasukan kesebelas terbaik Kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja Wanita, selepas membelasah Zimbabwe 7-2 pada perlawanan penentuan tempat ke-11 dan ke-12 di Potchefstroom, Afrika Selatan, semalam.
Bagaimanapun, pasukan kendalian ketua jurulatih Nasihin Nubli Ibrahim itu terpaksa bangkit dua kali sebelum berjaya menewaskan skuad dari benua Afrika, dalam pertemuan berlangsung di Universiti North-West itu.
Zimbabwe terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi gol padang oleh Tinodiwanashe Elijah pada minit kedua, sebelum jaringan padang Siti Nur Arfah Mohd Nor menyamakan kedudukan buat Malaysia lapan minit kemudian.
Pasukan lawan kembali berada di depan menerusi gol padang oleh Alexi Terblanche pada minit ke-15, namun kedudukan kembali terikat 2-2 apabila Nur Insyirah Effarizal, menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-22.
Jaringan Nur Insyirah itu ternyata menyuntik rakan sepasukannya apabila Malaysia berjaya mendahului buat kali pertama selang seminit selepas itu, menerusi jaringan penalti strok oleh Nuramirah Shakirah Zulkifli.
Pesta gol skuad negara diteruskan dengan jaringan padang oleh Nur Afiqah Syahzani Azhar pada minit ke-39, diikuti gol pukulan sudut penalti oleh Dayang Nuramirah Abang Mahadini pada minit ke-41.
Malaysia terus mengganas apabila Nuramirah Shakirah sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Zimbabwe, dengan jaringan kedua peribadinya, kali ini menerusi gol padang pada minit ke-48, sebelum jaringan ketujuh Khairunnisa Ayuni Mohd Sharudin, yang berpunca daripada pukulan sudut penalti lima minit kemudian, menutup kempen sulung skuad negara dalam kejohanan itu dengan kemenangan bergaya.
Sementara itu, Nasihin menyifatkan pengalaman dan pendedahan tertinggi yang dimiliki anak-anak buahnya telah dilalui dengan baik, selain pemain telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan dalam setiap perlawanan.
"Usaha yang telah ditunjukkan oleh pemain sangat bagus dan mereka memberikan segalanya, serta mengikuti struktur perlawanan yang dirangka dengan sebaiknya.
"Terima kasih kepada barisan kejurulatihan yang telah banyak membantu dalam menganalisa perlawanan dan terima kasih Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), di atas kepercayaan kepada pasukan muda ini," katanya.
Terdahulu, pasukan negara yang tersingkir daripada saingan kumpulan selepas merekodkan satu keputusan seri dan dua tewas.
Malaysia kemudian berjaya meraih kemenangan pertama dalam kejohanan itu dengan menumpaskan Uruguay 2-1 pada perlawanan penentuan tempat kesembilan hingga 16, Khamis lepas, namun tumbang 1-2 kepada Ireland dalam aksi klasifikasi kedudukan kesembilan hingga ke-12, pada Sabtu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 11 2022

Ketua jurulatih Nasihin Nubli Ibrahim berkata anak-anak buahnya telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan dalam setiap perlawanan. - Facebook Malaysian Hockey Confederation
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.