KUALA LUMPUR: Skuad hoki dalam dewan lelaki kebangsaan mara ke final Piala Asia 2024 selepas mengikat Iran 3-3 pada aksi Kumpulan C malam tadi.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia memperoleh lima mata keseluruhan dan menduduki tangga kedua Kumpulan C di belakang Iran yang mengumpul tujuh mata, sekali gus menempah slot ke Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 di Porec, Croatia pada 3 hingga 9 Feb tahun depan.
Aksi Kumpulan C di Kompleks Sukan Taldykorgan, Kazakhstan malam tadi menyaksikan Iran membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti Shahrokhi Mahdi seawal minit ke-10 sebelum Mirzakhani Amirmahdi menggandakan kedudukan menerusi jaringan padang enam minit kemudian.
Malaysia bangkit merapatkan jurang apabila Abdul Khaliq Hamirin membolosi gawang pasukan lawan pada minit ke-21, namun Shahrokhi sekali lagi membuat jaringan pukulan sudut penalti untuk Iran mendahului 3-1 pada minit ke-27.
Seminit kemudian pertahanan negara Muhammad Aminuddin Mohd Zaid menghadiahkan jaringan kedua Malaysia sebelum Abdul Khaliq menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-30.
Terdahulu, Malaysia melepasi cabaran pertama dalam pusingan kedua Piala Asia 2024 dengan menewaskan Thailand 5-2 pada Khamis.
Pada pusingan pertama dalam Kumpulan B, skuad negara membelasah Oman 10-2 pada Selasa lepas, diikuti seri 3-3 dengan tuan rumah Kazakhstan dan mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua dengan mengatasi juara Sukan SEA 2023, Indonesia, 5-4 pada Rabu.
Skuad kendalian Mohd Rodzhanizam Mat Radzi itu sekali lagi dijadual bertemu Iran pada aksi final yang akan berlangsung pada 5 petang ini (waktu Malaysia).
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2024

Kebangkitan Malaysia dalam perlawanan penentuan terakhir pusingan kedua (Kumpulan C), Kejohanan Piala Asia Hoki Dalam Dewan Taldykorgan, Kazakhstan, dengan mengikat Iran 3-3 membawa Malaysia ke pentas final. - Foto Malaysian Hockey Confederation

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Trio compound panah emas di Korea Selatan
Skuad memanah lelaki negara mengejutkan pasukan tuan rumah untuk merangkul pingat emas pada aksi final compound berpasukan lelaki Piala Asia 2024.

Piala Asia: Malaysia mara ke final, tempah slot ke Piala Dunia 2025
Keputusan itu menyaksikan Malaysia memperoleh lima mata keseluruhan dan menduduki tangga kedua Kumpulan C di belakang Iran.

Piala Asia: Malaysia atasi Indonesia, mara ke pusingan kedua
Skuad hoki dalam dewan lelaki negara berjaya menempah slot ke pusingan kedua Piala Asia 2024 apabila melakar kemenangan dramatik 5-4 ke atas juara Sukan SEA 2023, Indonesia.

Piala Asia: Thailand sekat impian Malaysia ke final
Tuan rumah berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan pukulan sudut penalti Todkaew Jiratchaya.

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Van Toan layak jadi pelakon lagak ngeri, kata Sathianathan
Seloroh bekas jurulatih kebangsaan itu merujuk kepada Nguyen Van Toan yang dikasari Brendan Gan untuk memenangi sepakan penalti buat kemenangan 1-2 Vietnam awal pagi Sabtu.