KUALA LUMPUR: Impian skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan untuk mara ke final Piala Asia 2024 lebur apabila tewas tipis kepada juara bertahan Thailand 1-2 pada aksi separuh akhir di Chonburi, malam tadi.
Perlawanan di Thailand National Sport University (TNSU) Kampus Chonburi menyaksikan tuan rumah berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan pukulan sudut penalti Todkaew Jiratchaya.
Mereka terus memanfaatkan kelebihan daripada situasi tersebut untuk menggandakan jaringan yang dihasilkan Sakulpihtak Tikhamporn pada minit ke-27.
Selang lima minit kemudian, Malaysia bangkit merapatkan jurang menerusi Nur Atira Mohamad Ismail yang menyempurnakan pukulan sudut penalti namun segala-galanya tampak sudah terlewat untuk skuad negara yang terpaksa membuat perhitungan dengan Indonesia pada penentuan tempat ketiga dan keempat hari ini.
Indonesia tumpas kepada Kazakhstan dalam satu lagi aksi separuh akhir menerusi penentuan penalti 2-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 selepas tamat perlawanan.
Sementara itu ketua jurulatih skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan Mohd Rodzhanizam Mat Radzi berkata anak buahnya bermain dengan baik walaupun tidak dapat mengekalkan momentum dalam keseluruhan permainan.
"Bagaimanapun, semangat juang tinggi diberikan oleh semua pemain yang cuba mereka tunjukkan wajar diberikan kredit," katanya dalam kenyataan dikeluarkan Konfederasi Hoki Malaysia.
Walaupun kecewa tidak berjaya ke final, Mohd Rodzhanizam berkata perjuangan masih belum selesai di Chonburi dan menuntut pemain kembali bangkit dengan menewaskan Indonesia hari ini.
Malaysia membuka tirai kempen Kumpulan A pada Isnin dengan membelasah Vietnam 25-0 dan Oman 12-1, sebelum tumpas 1-5 kepada Kazakhstan dan mengesahkan slot ke separuh akhir apabila membenam Iran 4-2, pada Selasa.
Malaysia pernah menjulang Piala Asia sekali selepas menewaskan Kazakhstan 2-1 ketika menjadi tuan rumah edisi sulung pada 2009 di Ipoh, Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Impian skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan untuk mara ke final Piala Asia 2024 lebur apabila tewas tipis kepada juara bertahan Thailand 1-2 pada aksi separuh akhir di Chonburi, malam tadi. - Gambar Facebook/Malaysian Hockey Confederation
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Julang Piala TNB misi seterusnya Faizal Saari
Penyerang prolifik itu menyifatkan dengan menjuarai piala itu bakal menjadi simbol penguasaan THT dalam kancah Liga Hoki Malaysia (MHL).

THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.

THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.

AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.

Young Tigers tempah slot ke separuh akhir Piala Remaja Asia 2024
Young Tigers sah ke peringkat separuh akhir dan Piala Dunia Remaja tahun depan serta akan bertemu India esok untuk memburu slot ke final.

Piala Remaja Asia: Malaysia teruskan rentak kemenangan belasah tuan rumah
Malaysia kini menerajui Kumpulan B dengan enam mata daripada dua perlawanan dan akan menghadapi Bangladesh bagi perlawanan ketiga pada Sabtu ini.

Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.

ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.

ACT Wanita: Malaysian Tigress bangkit, tundukkan Korea Selatan 2-1
Ia merupakan kemenangan pertama skuad negara selepas dua aksi pusingan round robin yang berkesudahan dengan tewas kepada India dan China.