PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyenaraikan bintang muda Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi, sebagai antara lima pemain perlu diberikan tumpuan dalam Piala Asia di Qatar bulan depan.
Badan induk itu, dalam laman web rasmi mereka, menyenaraikan Arif Aiman bersama empat bintang Asia lain, iaitu Junya Ito (Jepun), Cho Gue-sung (Korea Selatan), Harry Souttar (Australia) dan Harib Abdalla (Emiriah Arab Bersatu).
"Malaysia kini menjadi satu kuasa baru yang stabil di rantau Asia Tenggara. Harimau Malaya hanya memenangi tiga daripada 10 perlawanan sebelum ketibaan jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon, tetapi mereka kemudian memenangi 18 daripada 27 perlawanan terakhir," kata FIFA.
"Mereka juga memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2026 dengan cemerlang dengan memenangi dua perlawanan pertama. Paling mencuri tumpuan ketika mereka bangkit daripada ketinggalan 1-3 pada 20 minit terakhir sebelum menewaskan Kyrgyzstan 4-3 dalam perlawanan pembukaan.
"Tunjang kepada kejayaan itu ialah Arif Aiman, yang melakukan tiga bantuan jaringan dalam kemenangan dramatik berkenaan.
"Pemain berusia 21 tahun itu juga berada dalam prestasi terbaik bersama pasukan gergasi Malaysia, Johor (Darul Ta'zim), dengan menghasilkan lapan gol dan 13 bantuan jaringan daripada 23 perlawanan musim ini.
"Dia mula menyerlah selepas menjaringkan gol ke atas Borussia Dortmund dalam satu aksi persahabatan hujung tahun lalu dan terus berkembang menjadi antara prospek paling menarik buat Malaysia."
Astro Arena
Fri Dec 15 2023

Arif Aiman (kiri) ketika beraksi dalam perlawanan Liga Juara-juara AFC 2022 pusingan 16 antara JDT dan Urawa Red Diamonds di Stadium Saitama 2002, Jepun, 19 Ogos 2022. - Gambar fail Astro ARENA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kelayakan Piala Asia 2027: Gagal sediakan venue, Nepal bertemu Harimau Malaya di Malaysia bulan hadapan
Paul berkata venue perlawanan terpaksa diubah susulan kegagalan Nepal menyediakan gelanggang tuan rumah bagi perlawanan pertama berkenaan.

Prinsip pintu terbuka Cklamovski penting tetapi pemilihan pemain harus teliti - Pakar
Prinsip pintu terbuka Ketua Jurulatih Kebangsaan Peter Cklamovski yang memberi peluang sama rata kepada semua pemain mencerminkan visi progresifnya.

Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.

Kelayakan Piala Dunia: Indonesia sah ke pusingan ketiga, layak ke Piala Asia
Indonesia layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan akan beraksi dalam Piala Asia 2027 selepas menewaskan Filipina 2-0 malam tadi.

Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.

Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027
Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada aksi Kumpulan D pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Bishkek.

Harimau Malaya tewaskan Perak FC 1-0 dalam aksi pemanas badan
Ia sebagai persediaan menjelang dua perlawanan penting Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan depan.

FAM puas hati keadaan padang SNBJ menjelang aksi Harimau Malaya, Taiwan
Permukaan padang SNBJ berada pada tahap terbaik menjelang perlawanan terakhir Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Taiwan.

Piala Asia: Malaysia tempah slot separuh akhir
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan mara ke separuh akhir Piala Asia 2024 selepas menundukkan Iran 4-2 pada saingan terakhir Kumpulan A di Chonburi, Thailand malam ini.

Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan buru final untuk layak Piala Dunia
Subahan Kamal berkata skuad negara dilihat semakin mantap dengan gabungan pemain berpengalaman dan baharu untuk kejohanan berkenaan.