KUALA LUMPUR: Juara lima kali, Thailand mengesahkan tempat di perlawanan akhir Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 selepas mengikat juara bertahan Vietnam 0-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional Singapura, malam ini.
Namun, dengan bekalan kemenangan 2-0 diraih Thailand pada saingan separuh akhir pertama yang berlangsung Khamis lepas, sudah cukup melayakkan skuad Gajah Perang itu beraksi di final sejak menjuarai edisi 2016.
Pada aksi malam ini, Vietnam yang dikendalikan Ketua Jurulatih Park Hang-seo memberikan amaran awal seawal minit keempat menerusi percubaan penyerang Nguyen Tien Linh yang tepat ke penjaga gol Chatchai Budprom, dalam usaha mengurangkan defisit jaringan secepat mungkin.
Momentum Vietnam yang ghairah melancarkan serangan ke kubu pertahanan lawan terhenti kira-kira enam minit pada pertengahan babak pertama apabila Chatchai mengalami kecederaan dan terpaksa digantikan dengan Siwarak Tedsungnoen pada minit ke-33.
Peluang terbaik skuad Naga Emas pada separuh masa pertama hadir menerusi percubaan pada minit ke-43, namun tandukan pemain tengah Nguyen Hoang Duc berpunca dari sepakan penjuru sedikit melewati tiang gol Thailand.
Hanya bertahan dan sesekali mengatur gerak, Thailand bagaimanapun hampir memecah kebuntuan gol pada hujung masa tambahan babak pertama, namun rembatan deras dari jarak dekat pemain pertahanan Theerathon Bunmathan yang membuat larian di sebelah kiri berjaya diselamatkan Tran Nguyen Manh.
Babak kedua menyaksikan tiada banyak perbezaan dengan Vietnam yang membuat beberapa pertukaran pemain terus buntu menembusi benteng pertahanan skuad bimbingan Alexandre Polking yang menampilkan disiplin bertahan cukup baik.
Namun, pada minit ke-66 penyerang Phan Van Duc berjaya mencuri ruang untuk melepaskan rembatan dari jarak dekat tetapi terkena pertahanan lawan dan beliau sekali lagi merembat bola yang melantun itu tetapi Siwarak bertindak cemerlang menyelamatkan percubaan kedua.
Kedudukan 0-0 itu kekal sehingga wisel penamat ditiupkan pengadil dari Jordan, Ahmad Ibrahim sekali gus menyaksikan Thailand berjaya menebus kekecewaan gagal mara ke final pada edisi 2018 selepas tewas di tangan Malaysia.
Thailand akan membuat perhitungan menentang Indonesia yang turut mara selepas mengatasi Singapura dengan kemenangan agregat 5-3 semalam, pada dua aksi final masing-masing Rabu dan Ahad ini.
Thailand muncul juara sulung Piala AFF pada 1996 sebelum meraih empat lagi gelaran pada edisi 2000, 2002, 2014 dan 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 26 2021

Thailand mengikat juara bertahan Vietnam 0-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional Singapura, malam ini. - Gambar/ FB AFF Suzuki Cup

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Harimau Malaya tepati ramalan kecewakan Laos 3-1
Skuad bola sepak kebangsaan menepati ramalan apabila mengecewakan Laos 3-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) di Bangkok, Thailand hari ini.

Harimau Malaya perlu menang Piala AFF 2024 - Mohd Sadek
Kemenangan dan menjuarai Piala AFF adalah KPI utama yang perlu ditetapkan FAM ke atas skuad Harimau Malaya.

MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.

Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.

Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.

'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.

FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.