KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya kini bersedia untuk membuat kejutan dalam pertemuan dengan juara bertahan Vietnam, pada perlawanan ketiga Kumpulan B Piala AFF, malam esok.
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe percaya, anak buahnya mempunyai keupayaan untuk membuahkan hasil yang positif ketika menentang Vietnam, pada perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Bishan, Singapura.
"Sejak kebelakangan ini, kami tidak mempunyai keputusan yang baik bila berhadapan Vietnam... Tentu sekali mereka (Vietnam) mempunyai kekuatan dan pemain yang baik, tetapi apa yang penting kami mempunyai strategi dan perancangan untuk berhadapan Vietnam.
"Ia sentiasa sukar untuk menjaringkan gol ketika bertemu mereka, tetapi kami perlu mencari cara untuk mendapatkan keputusan yang positif dan diharapkan anak buah saya akan dapat membuat kejutan kali ini," katanya pada sidang media secara maya hari ini.
Walaupun telah mengumpulkan enam mata selepas dua perlawanan, Chen Hoe mengambarkan perlawanan berhadapan 'Naga Emas' itu akan menjadi ujian sebenar untuk pasukannya dalam kejohanan itu, kerana Vietnam mempunyai pemain yang terbaik dalam keupayaan taktikal dan teknikal.
Oleh sebab itu, beliau menggesa anak buahnya memperbaiki permainan pada waktu perubahan antara serangan dan bertahan, selain cepat menyesuaikan diri sewaktu permainan, terutamanya pada awal 10-15 minit permainan yang mereka kelihatan bergelut pada dua perlawanan sebelum ini, jika mereka inginkan keputusan yang baik esok.
Jurulatih berusia 53 tahun itu juga berkata, adalah penting untuk Malaysia tidak dibolosi gol akibat kesilapan individu semasa bertemu Vietnam, dan mengharapkan pasukannya meningkatkan lagi tahap pertahanan mereka.
"10-15 minit pertama sering berikan masalah kepada kami, dan saya berharap pemain akan bekerja keras setiap masa untuk memperbaiki lagi pasukan, nikmati permainan, dan meningkatkan lagi skil individu dan sekali gus memberikan keyakinan kepada pasukan," katanya.
Malaysia memulakan kempen mereka dengan menang bergaya 3-1 ke atas Kemboja pada Isnin sebelum membenam Laos 4-0 pada Khamis.
Berkaitan komen Jurulatih Vietnam Park Hang-Seo yang menganggap tidak adil untuk Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) membenarkan Malaysia membawa pemain baharu, Chen Hoe dengan tenang menyatakan bahawa semua pihak perlu fleksibel disebabkan isu COVID-19, yang membenarkan mereka untuk menukar pemain penjaga gol.
Selasa lepas AFF bersetuju untuk membenarkan Harimau Malaya menukar penjaga gol mereka di Piala AFF 2020 yang sedang berlangsung itu berikutan penjaga gol Muhammad Khairulazhan Mohd Khalid diuji positif COVID-19, selepas menjalani ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) di Lapangan Terbang Changi pada 3 Dis.
Selain itu, beliau memaklumkan bahawa Junior Eldstal yang cedera ketika perlawanan bertemu Kemboja, tidak akan dapat beraksi untuk perlawanan esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 11 2021
Cheng Hoe percaya, anak buahnya mempunyai keupayaan untuk membuahkan hasil yang positif ketika menentang Vietnam, pada perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Bishan, Singapura. - Gambar fail/FAM
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Harimau Malaya perlu menang Piala AFF 2024 - Mohd Sadek
Kemenangan dan menjuarai Piala AFF adalah KPI utama yang perlu ditetapkan FAM ke atas skuad Harimau Malaya.
MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.
Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.
Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.
Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.
Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.
'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.
FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.
Piala AFF: Vietnam, Thailand terikat 2-2
Vietnam gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 2-2 dengan juara bertahan, Thailand, pada aksi final pertama Piala AFF.