SEPANG: Pemain pertahanan Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni tidak melaporkan diri bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Jordan, kerana turun ke laut.
Pengesahan itu dibuat Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merangkap pengurus skuad Harimau Malaya Datuk Mohd Yusoff Mahadi.
Mohd Yusoff berkata beliau dimaklumkan mengenai status pemain Terengganu FC (TFC) berusia 23 tahun itu oleh Pengurus TFC Zulfadli Rozi menerusi panggilan telefon kurang dari 12 jam sebelum pasukan negara berlepas ke Jordan 3.15 pagi tadi.
"Sepanjang saya menjadi pengurus tak pernah berlaku lagi pemain tidak datang untuk panggilan skuad kebangsaan. Tetapi saya dihubungi pengurus TFC sebenarnya pemain ini dia ke laut.
"Jadi, bila dia (Muhamad Shahrul Nizam) di sana memang tak dapat dihubungi, petang (semalam) baru dia mendarat dan dia juga terkejut," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi.
Malaysia yang menduduki ranking ke-154 dunia akan berdepan Jordan (ke-93 dunia) di Stadium King Abdullah II di Amman pada 6 Okt dan Uzbekistan (ke-84 dunia) di Stadium Antarabangsa Amman, 9 Okt.
Terdahulu, Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe mengesahkan hanya membawa 22 pemain ke Jordan selepas Muhammad Sharul Nizam gagal dihubungi manakala pemain Selangor FC Sharul Nazeem Zulpakar terpaksa digugurkan saat akhir akibat kecederaan.
Nama Muhammad Sharul Nizam antara tiga pemain disenaraikan Cheng Hoe Khamis lepas bagi menggantikan tiga pemain utama iaitu pertahanan FC Midtjylland Dion Cools, Muhammad Syahmi Safari (Selangor FC) dan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Muhammad Akhyar Abdul Rashid, akibat kecederaan.
Muhamad Shahrul Nizam diturunkan dalam kesebelasan utama TFC yang menewaskan Selangor FC 2-1 di Kuala Terengganu, Rabu lepas pada aksi Kumpulan B Piala Malaysia 2021.
Mohd Yusoff tidak menolak kemungkinan penyenaraian saat akhir juga menyebabkan Muhamad Sharul Nizam tidak menyedari khidmatnya ditagih bersama skuad kebangsan kali ini.
Bagaimanapun, Mohd Yusoff berkata beliau menyerahkan perkara itu untuk dinilai dan dikaji di peringkat Sekretariat meskipun Zulfadli memohon tiada tindakan diambil ke atas Muhamad Shahrul Nizam, malah sanggup untuk memastikan di saat akhir pemainnya dapat menyertai pasukan.
"Kita tak nak perkara seperti ini berlaku lagi dalam mana-mana panggilan skuad kebangsaan pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 02 2021

Nama Muhammad Sharul Nizam antara tiga pemain disenaraikan Cheng Hoe Khamis lepas. - Foto Facebook/Terengganu FC

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan berkata, mereka perlu manfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.

Terengganu FC tewaskan NSFC 2-0 di Paroi
Meskipun tewas kepada BG Pathum United dalam kelayakan ke separuh akhir ACC minggu lepas namun TFC bangkit menewaskan pasukan tuan rumah.

ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.

TFC tempang hadapi JDT
Ia termasuk penyerang import kelahiran Nigeria Ismaheel Akinade, Muhammad Akram Mahinan, dan penjaga gol Muhammad Rahadiazli Rahalim.

Ketumpulan penyudah punca TFC tewas
Badrul Afzan amat kecewa dengan ketumpulan jentera hadapan yang tidak berhasil menjaringkan gol biarpun peluang sudah terhidang depan mata.

JDT catat kemenangan penting, Selangor kempunan tiga mata
JDT yang kini selesa di persada liga dengan mengumpul 52 mata, berpeluang cerah untuk muncul juara apabila dibezakan 13 mata di depan pencabar terdekat Selangor FC.

TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.

Piala Malaysia: JDT sebelah kaki di final
Johor Darul Ta'zim (JDT) membenam Terengganu FC (TFC) 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.

Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.