Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia Teng Fong-Soh Wooi Yik memulakan kempen mereka dengan bergaya pada Kejohanan Badminton Terbuka Perancis 2018 apabila mara ke pusingan kedua kejohanan itu di Paris, Perancis pada Selasa (Rabu di Malaysia).
Gandingan muda itu bagaimanapun, perlu berusaha keras sebelum berjaya mengetepikan adik-beradik Chew - Philip dan Ryan, menang 27-25 dan 21-12 dalam perlawanan pusingan pembukaan di Stade Pierre de Coubertin, menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfworldtour.bwfbadminton.com.
Satu lagi pasangan negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pula terlepas ganjaran kejohanan sebanyak US$750,000 (RM3.123 juta) selepas kalah 21-16, 17-21 dan 16-21 kepada Liao Min Chun-Su Ching Heng dari Taiwan dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama.
Pasangan beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean turut menerima nasib yang sama setelah ditewaskan pemain pilihan kedua Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi dari Jepun dengan 15-21 dan 14-21.
Bekas pemain perseorangan lelaki negara Liew Daren juga gagal mara ke pusingan seterusnya selepas tewas 19-21 dan 17-21 kepada Rajiv Ouseph dari England pada pertemuan pusingan pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 24 2018

Aaron Chia Teng Fong dan Soh Wooi Yik ketika beraksi pada Kejohanan Celcom Axiata Terbuka Malaysia di Axiata Arena, 26 Jun, 2018. --fotoBERNAMA/Fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Permulaan bergaya buat Chia-Soh dalam kejohanan badminton Terbuka Perancis
Gandingan muda itu bagaimanapun perlu berusaha keras sebelum berjaya mengetepikan adik-beradik Chew - Philip dan Ryan, menang 27-25 dan 21-12 dalam perlawanan pusingan pembukaan.