KUALA LUMPUR: Hasrat Malaysia untuk melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2023 di Spokane, Amerika Syarikat tidak kesampaian, apabila disekat juara 13 kali, China 0-3 dalam saingan separuh akhir pada Jumaat.
Ini sekali gus menyaksikan Malaysia membawa pulang pingat gangsa buat kali keempat, selepas edisi 2006, 2008 dan 2010.
Terdahulu pada aksi yang berlangsung di The Podium, skuad remaja bermula dengan langkah kiri apabila beregu campuran negara Low Han Chen-Chan Wen Tse tewas 11-21, 16-21, kepada Liao Pin Yi-Zhang Jia Han dalam masa 27 minit.
Pemain perseorangan lelaki Eogene Ewe yang diharapkan dapat mengembalikan sinar buat kem badminton negara, juga akur dengan kehebatan Hu Zhe An apabila ditumpaskan menerusi permainan straight set 17-21 dan 14-21.
Aksi yang diteruskan pemain perseorangan wanita negara Siti Zulaikha Muhammad Azmi, terus hampa apabila pemain berusia 17 tahun itu, ditundukkan Xu Wen Jing, 17-21, 18-21, dalam masa 39 minit.
Susulan kemenangan itu, China akan bertemu Indonesia pada aksi final lewat hari ini.
Bagaimanapun keputusan menduduki tempat ketiga itu masih boleh dibanggakan selepas memperbaiki kedudukan tahun lepas yang menyaksikan Malaysia menamatkan saingan berpasukan campuran di tempat kesembilan.
Malaysia pernah menjuarai kejohanan itu pada 2011 selain naib juara pada edisi 2009, 2016, dan 2017.
Skuad remaja negara seterusnya akan fokus kepada acara individu di kejohanan yang sama, yang bermula Isnin (2 Okt).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2023
Skuad remaja negara seterusnya akan fokus kepada acara individu di kejohanan yang sama, yang bermula Isnin (2 Okt). - Gambar hiasan
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perjuangan Malaysia terhenti di separuh akhir Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia
Hasrat Malaysia untuk melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2023 di Spokane, Amerika Syarikat tidak kesampaian.