Aksi hero Perancis, Antoine Griezmann!

Griezmann menawan hati peminat bola Ireland dengan jaringan gol masa kedua selepas Perancis tampil gagah bagi meraih kemenangan 2-1 ke atas pasukan Republic of Ireland, sekaligus melayakkan pasukan tersebut ke pusingan suku akhir Kejohanan Eropah (Euro) 2016, di sini pada Ahad.

Robbie Brady, yang berjaya membawa kemenangan ke atas Republik itu ketika menentang Itali tidak lama dahulu, menjadikan jaringan penalti buat pasukannya dua minit sebelum perlawanan berakhir.

Kemenangan yang menggegarkan Stadium Stade de Lyon itu bererti Perancis bakal berdepan pasukan Iceland atau England di lokasi yang sama pada perlawanan suku akhir Ahad depan.