Kaunter tiket yang dibuka jam 10.30 pagi tadi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini telah diserbu kira-kira 3,000 penyokong hingga ada yang pengsan dan dipijak orang ramai.
Malah orang ramai mula membanjiri stadium tersebut sejak malam tadi dan sanggup 'berkampung' di sini bagi memastikan mereka mendapat tiket perlawanan akhir itu.
Bagaimanapun, difahamkan hanya 2,000 tiket dijual di sini.