Detik bersejarah perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-29 malam esok amat dinanti-nantikan.

Peminat bola sepak tanah air dari segenap lapisan masyarakat dilihat begitu bersemangat apabila mula memenuhi pekarangan Stadium Shah Alam, venue perlawanan Malaysia menentang Thailand, sejak awal pagi tadi.

Walaupun kaunter tiket hanya dibuka pada jam 11 pagi, namun ada yang sanggup bermalam di stadium agar tidak terlepas peluang menjadi antara pembeli tiket terawal.

Penyokong dilihat memenuhi kedua-dua pintu A dan B Stadium Shah Alam bagi membeli tiket di 20 kaunter yang disediakan.

Peminat bola sepak tanah air memenuhi pekarangan Stadium Shah Alam, venue perlawanan akhir Malaysia menentang Thailand, sejak awal pagi tadi.

Tiket ke perlawanan akhir tidak dijual secara online dan seorang pembeli hanya diperuntukkan maksimum lima tiket.

Bagi penyokong Thailand pula, tiket dijual bermula jam 11 pagi di Stadium Malawati.