KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pengelola Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah berkompromi dengan atlet yang gagal ujian doping serta secara automatik dilarang bertanding pada temasya kali ini.
Jawatankuasa itu juga kecewa dengan keputusan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) yang melarang pembabitan pegawai teknikal daripada mengendalikan acara angkat berat kerana ketetapan badan induk itu berhubung kesalahan berkaitan isu doping yang tidak disambut baik Majlis Sukan Negara (MSN).
Ia menyaksikan penganjuran diteruskan tanpa penglibatan PABM demi memberi peluang kepada atlet yang bersih bersaing temasya kali ini, walaupun dua badang Terengganu dan seorang dari Perlis diuji positif doping para ujian prakejohanan.
"Ketika ujian 30 hari sebelum pertandingan bermula itu diadakan, tiada peraturan ditetapkan PABM untuk membatalkan penyertaan seluruh pasukan jika ada mana-mana atlet pasukan gagal ujian berkenaan. Kami hanya dimaklumkan pada 13 Sept, iaitu enam hari sebelum acara angkat berat membuka tirai.
"Ketetapan pembatalan seluruh pasukan oleh PABM itu juga adalah yang pertama seumpamanya di dunia, berbeza dengan peraturan saingan di peringkat antarabangsa yang hanya membatalkan penyertaan atlet yang terbukti gagal ujian doping," menurut kenyataan daripada jawatankuasa berkenaan.
Menurut Jawatankuasa Pengelola, mesyuarat Ketua-ketua Kontinjen pada 15 Sept dan mesyuarat dihadiri semua Pengarah Majlis Sukan Negeri, turut bersetuju untuk penganjuran acara angkat berat diteruskan tanpa melarang seluruh ahli kontinjen melibatkan kes doping.
Namun, jawatankuasa itu menjelaskan bahawa pendirian PABM dihormati dan ia boleh dilaksanakan sekiranya dimasukkan secara rasmi dalam Peraturan Sukma dan setiap negeri dimaklumkan perkara tersebut.
Menurut PABM, mereka sebelum ini membuat ketetapan bahawa jika terdapat mana-mana atlet ahli gabungan/persatuan negeri positif doping, maka atlet tersebut dan atlet lain dalam ahli gabungan/persatuan negeri itu, akan digantung daripada menyertai Sukma ke-20.
Sementara itu, Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat. ketika dihubungi, mengesahkan bahawa mana-mana rekod kebangsaan dicipta di Sukma kali ini, tidak akan diiktiraf kerana pertandingan tidak melibatkan mana-mana pegawai teknikal daripada badan induk itu.
Terdahulu, Nurul Afiqah Muhammad Zamzuri dari Terengganu memenangi emas kategori 45kg wanita selepas berjaya mengangkat bebanan 135kg (55kg untuk snatch, 80kg bagi clean and jerk), di mana angkatan clean and jerk itu mengatasi rekod kebangsaanya sebanyak 77kg dicatatkan pada Sukan SEA 2019.
Presiden Persekutuan Angkat Berat Terengganu, Mohd Shafaruddin Mustafa, berkata pihaknya mendapati bahawa atlet dari negeri itu positif setelah mengambil ubat lelah dan tahan sakit ketika kem latihan pusat di Cameron Highlands dari 17-31 Ogos lepas.
"Mereka tidak mengambil suplemen luar atau dadah, tetapi disebabkan ubat yang dibeli di farmasi kerana masalah kesihatan. Kita juga tidak mahu mencabar Sampel B kerana sudah mengetahui punca dan memang tidak dibenarkan bertanding," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2022
Jawatankuasa Pengelola Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah berkompromi dengan atlet yang gagal ujian doping serta secara automatik dilarang bertanding pada temasya kali ini. - Gambar hiasan/REUTERS
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.
SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.
SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat
Sarawak dengan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' mengumpul keseluruhan lima emas pada Jumaat dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo.
Atlet Sarawak raih emas SUKMA, Para SUKMA terima insentif RM15,000
Sarawak menyediakan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA kali ini.
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024
Atlet berusia 20 tahun itu meraih pungutan mata tertinggi 9.600 untuk mengatasi 16 lagi pencabarnya.
Nur Farah Aziera tekad bawa kilauan pingat pada penampilan terakhir di SUKMA 2024
Anak kelahiran Pontian berusia 21 tahun itu yakin dan optimis memberikan persembahan terbaik berbekal pengalaman serta latihan yang dilalui.
SUKMA: Terengganu terima tamparan awal, Sarawak langkah kiri di laman sendiri
Ketua pasukan Johor Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-61.
Peralatan 'uzur' tidak luntur semangat gimnas Sabah buru pingat di SUKMA 2024
Biarpun berdepan kekangan kemudahan peralatan sukan yang 'uzur' namun semangat gimnas Sabah tetap membara dalam usaha mereka membawa pulang pingat buat kontinjen negeri ke Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.