Penerjun negara, Ooi Tze Liang akur dengan keputusan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) memilih Ahmad Amsyar Azman bagi menggantinya dalam acara 3m papan anjal pada Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil, Ogos ini.
Tze Liang yang sebelum ini layak secara merit dalam dua acara kini perlu fokus melakukan persiapan bagi acara 10m platform selepas pulih daripada menjalani pembedahan tulang kering kakinya pada November lepas.
"Saya akur dengan keputusan jurulatih untuk saya menumpukan perhatian dalam acara 10m platform sahaja dan yakin ia keputusan terbaik bagi diri saya,' katanya ketika ditemui pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Kesemua atlet terjun bersama jurulatih mereka, Yang Zhuliang sebelum ini berada di Guangzhou, China, bagi menjalani latihan dan persiapan ke Sukan Olimpik Rio yang bermula 5 hingga 21 Ogos ini.
Tze Liang berkata kecederaan tulang kering dikakinya pulih dan beliau juga dapat menjalani latihan dengan baik ketika di Guangzhou.
"Kecederaan saya boleh dikatakan pulih sepenuhnya..sekarang saya tengah berusaha untuk mendapatkan kembali suasana sewaktu saya mendapatkan slot ke Sukan Olimpik. Sasaran saya di Olimpik nanti adalah menjadi finalis dalam acara saya nanti," katanya.
Tze Liang hanya memulakan sesi latihan ringan pada Mac ekoran terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan dalam Kejohanan Piala Asia di Pusat Akuatik Bukit Jalil, September tahun lepas.
Selain Tze Liang, penerjun lain yang turut layak ke Sukan Olimpik adalah Cheong Jun Hoong, Nur Dhabitah Sabri, Pandelela Rinong dan Ng Yan Yee serta terbaru adalah Ahmad Amsyar.
Sebagai rekod, Pandelela merupakan atlet terjun pertama negara yang menyumbang pingat Olimpik dalam acara 10m platform pada edisi 2012 di London.
Bernama
Sun Jun 26 2016
Selain Tze Liang, penerjun lain yang turut layak ke Sukan Olimpik adalah Cheong Jun Hoong, Nur Dhabitah Sabri, Pandelela Rinong dan Ng Yan Yee serta terbaru adalah Ahmad Amsyar. - Gambar fail
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
Tokyo 2020: Acara bersejarah berakhir di Tokyo, misi di Paris bermula tiga tahun lagi
Banyak kisah inspirasi dan dedikasi yang dapat disaksikan dari ribuan atlet berbekalkan harapan untuk mengharumkan nama negara.
Tokyo 2020: Elaine Thompson pecah rekod Olimpik dengan catatan masa 10.61 saat
Thompson-Herah pernah memenangi dua pingat emas dalam 100 meter dan 200 meter wanita, dan satu perak dalam 4x100 meter wanita di Olimpik Rio 2016.
Olimpik Tokyo: Thailand raih emas pertama menerusi taekwondo
Atlet taekwondo Thailand, Panipak Wongpattanakit mencipta sejarah meraih pingat emas pertama untuk negaranya di Olimpik Tokyo hari ini.
Misi Olimpik 2020: Phee Jinq En, Khairulnizam fokus buru pingat
Bagi atlet renang Phee Jinq En, kecundang di kejohanan Olimpik sulung Rio 2016 tidak mematahkan semangat juangnya.
Pemanah negara Haziq Kamaruddin meninggal dunia
Perkara itu disahkan rakan sepasukannya Zulfadhli Ruslan menerusi akaun Facebook miliknya sebentar tadi.
Bukan 'Datuk' yang saya buru - Pandelela
Gelaran Datuk tiada dalam buruan ratu terjun negara, Pandelela Rinong.
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga bekas Olimpian Sabiamad
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Olimpian negara itu.
Azizulhasni, Shah Firdaus penamat podium di Australia
Pelumba berbasikal trek elit negara Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom membuktikan kehebatan apabila meraih penamat podium di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia
Peng Soon - Liu Ying ke separuh akhir Seluruh England
Beregu campuran profesional negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying ke separuh akhir kejohanan badminton Seluruh England 2021 selepas menyingkirkan gandingan Perancis Thom Gicquel-Delphine Delrue.
Tidak akan menyerah kalah - V Shem
V Shem berkata sebelum tarikh tutup itu, mereka masih lagi berpeluang dan akan berjuang bermati-matian bagi mengutip sebanyak mungkin mata kelayakan walaupun menyedari saingan semakin sengit.