KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas jaguh sukan menembak Datuk Sabiamad Abdul Ahad yang meninggal dunia akibat serangan jantung semalam.
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Olimpian negara itu dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarganya sabar serta tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.
"Seri Paduka Baginda berdua amat menyanjung tinggi dan menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada negara serta menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar, khususnya kepada sukan menembak negara.
"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin," menurut kenyataan Istana Negara dalam laman Facebook hari ini.
BACA: Bekas penembak negara Sabiamad Abdul Ahad meninggal dunia
Sebagai rekod, Sabiamad sebelum ini pernah mewakili negara ke Sukan Olimpik Los Angeles di Amerika Syarikat pada 1984 dalam acara menembak dan beraksi sebagai penembak kebangsaan dari 1981 sebelum bersara pada awal 1990-an.
Ketika zaman kegemilangannya, Allahyarham mengungguli acara Air Pistol di peringkat Asia Tenggara dan juga acara Central Pistol, Rapid Pistol dan Standard Pistol.
Sabiamad pernah meraih pingat emas untuk negara dalam acara 50 m pistol lelaki individu pada Sukan SEA 1983 di Singapura.
Selepas persaraan, beliau aktif membantu sukan menembak sebagai jurulatih dan pengurus pasukan negara dan pernah menjadi pengurus pasukan menembak Sukan SEA 2013 di Myanmar, Sukan SEA 2017 di Singapura dan Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil.
Sabiamad juga pernah menjadi Ahli Lembaga Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 11 2021
Bekas penembak negara yang pernah beraksi di Sukan Olimpik Los Angeles 1984, Datuk Sabiamad Abdul Ahad meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 11 malam tadi.
Enakmen baharu: Kelantan siap sedia laksana peraturan hiburan lebih tegas
Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2024 yang bakal berkuat kuasa empat hari lagi membolehkan kawalan lebih tegas dilaksana terhadap aktiviti hiburan di Kelantan.
Punca nahas pesawat Azerbaijan Airlines: Gangguan luaran fizikal, teknikal
Azerbaijan Airlines pada Jumaat mengumumkan bahawa keputusan awal siasatan menunjukkan "gangguan luaran fizikal dan teknikal" menjadi punca nahas pesawat Embraer 190 miliknya di Kazakhstan pada Rabu l
Ringgit catat perubahan kecil berbanding dolar AS pada akhir urus niaga
Ringgit terus memaparkan momentum dengan mencatat perubahan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dengan ketara pada akhir urus niaga Jumaat.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Penerbangan terus Xi'an-Penang mulai 30 Dis, perkukuh hubungan pelancongan Malaysia-China
Syarikat penerbangan China Loong Air, akan melancarkan penerbangan terus baharu dari Xi'an ke Pulau Pinang bermula 30 Dis ini.
AWANI Tonight 27 Dec 2024
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Electricity tariff hike will not burden the majority, says PM
2. Malaysians willing to pay for AI-powered shopping - Lazada
1. Electricity tariff hike will not burden the majority, says PM
2. Malaysians willing to pay for AI-powered shopping - Lazada
AWANI Tonight: Electricity tariff hikes will not burden the majority - PM
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim reaffirmed the government's commitment to shielding most Malaysians from electricity tariff hikes, with higher rates aimed at the ultra-rich and profit-driven industries.
AWANI Tonight: M'sians willing to pay for AI-powered shopping - Lazada
AI is transforming online shopping with personalized tools like chatbots, translations, and visual search. Ángel Ramiro from Lazada Malaysia shares how AI is shaping e-commerce and what's next.
AWANI Ringkas: Jadual tarif elektrik baharu masih dalam proses
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Musa menjunjung kasih kepada Agong atas pelantikan sebagai TYT Sabah ke-11
Tun Musa Aman menjunjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas perkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11.
Musa Aman dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah
Musa yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga dilantik bagi menggantikan TYT sekarang, Tun Juhar Mahiruddin.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.