KUALA LUMPUR: Pemain kelab Liga Belgium KV Kortrijk Luqman Hakim Shamsudin merasakan pendekatan corak latihan diterapkan ketua jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan Gon berupaya membantu meningkatkan tahap prestasi barisan pemain negara.
Ia selepas penyerang muda sensasi negara berusia 20 tahun itu merasai perubahan dibawa Pan Gon menerusi intensiti latihan tinggi selain beberapa perkara baharu dipelajarinya yang disifatkan sebagai 'benda luar biasa'.
Walaupun tidak menjelaskan bentuk ilmu yang sudah 'diturunkan' itu, Luqman Hakim berkata ia satu petanda positif dan dapat dilihat daripada reaksi dan kegembiraan rakan sepasukannya terhadap sesi latihan dikendalikan jurulatih dari Korea Selatan itu.
"Insya-Allah kita (pasukan negara) akan maju. Dengan cara latihan dan dengan intensiti yang tinggi saya rasa kita boleh pergi jauh," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Bagaimanapun, Luqman Hakim berkata beliau juga banyak belajar ketika di bawah bimbingan bekas ketua jurulatih Tan Cheng Hoe.
Menurutnya, setiap jurulatih mempunyai kelebihan masing-masing dan barisan pemain negara perlu memanfaatkan segala peluang selain mengambil seberapa banyak ilmu dicurahkan mereka.
"Lain jurulatih lain caranya jadi kita sebagai pemain hanya ambil untuk tambahkan ilmu, jurulatih baharu kita ambil (ilmu) dan jurulatih terdahulu pun kita ambil untuk tambahkan ilmu," katanya.
Sementara itu, Luqman Hakim berazam menampilkan persembahan terbaik bersama skuad kebangsaan pada saingan Tiga-Negara FAS 2022 di Singapura bermula minggu depan bagi menebus kekecewaan terhadap prestasinya pada Kejuaraan Piala AFF di Singapura Disember tahun lepas.
Skuad kebangsaan dijadual berlepas ke Singapura pada Selasa depan bagi memulakan saingan Siri Tiga-Negara FAS menentang Filipina (23 Mac) dan skuad tuan rumah (26 Mac) pada aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1.
Pasukan bimbingan Pan Gon akan menamatkan siri perlawanan persahabatan di Singapura yang juga persediaan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun, dengan bertemu kelab tempatan Albirex Niigata FC dalam aksi tertutup pada 28 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 20 2022

Walaupun tidak menjelaskan bentuk ilmu yang sudah 'diturunkan' itu, Luqman Hakim berkata ia satu petanda positif. - Gambar fail/BERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Luqman Hakim bantu YSCC Yokohama ikat Matsumoto Yamaga
Penyerang negara, Luqman Hakim Shamsudin, melakukan penampilan pertamanya dalam kesebelasan utama YSCC Yokohama.

Luqman buat penampilan sulung bersama YSCC Yokohama
Luqman Hakim menukar 'angin' ke bumi Asia apabila secara rasmi menyertai kelab divisyen tiga Jepun, Yokohama SCC bagi musim 2024/25.

Luqman Hakim tukar angin ke kelab Jepun, Yokohama SCC
Yokohama SCC mengesahkan Luqman akan meneruskan kariernya di kelab itu, namun tidak memaklumkan tempoh beliau akan berkhidmat di YSCC.

Luqman Hakim teringat juadah raya ibu
Selepas dua tahun beraya di Belgium, tahun ini pemain kelahiran Kota Bahru, Kelantan berusia 21 tahun itu menyambut Aidilfitri di Iceland.

Luqman Hakim ledak gol pertama bersama Njardvik
Luqman Hakim melakukan penampilan pertama sebagai kesebelasan utama ketika menentang Augnablik dalam kejohanan sama pada 8 April lalu.

Azim tidak tolak kemungkinan tandatangani Luqman Hakim
Usaha Perak FC berada dalam saingan Liga Super musim depan melalui proses keputusan 'tiada aksi play-off' dikeluarkan pihak penganjur.

Sukan SEA Hanoi: 'Saya minta maaf' - Luqman Hakim
Penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin memohon maaf atas kegagalan menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan penentuan gangsa antara Malaysia menentang Indonesia pada Sukan SEA ke-31.

Pendekatan Pan Gon 'benda luar biasa' - Luqman Hakim
Luqman merasai perubahan dibawa Pan Gon menerusi intensiti latihan tinggi selain beberapa perkara baharu dipelajarinya yang disifatkan sebagai 'benda luar biasa'.

Aksi lincah Luqman Hakim tambat hati penyokong KV Kortrijk
Luqman yang diturunkan sebagai pemain gantian menunjukkan kualiti yang dimilikinya apabila berjaya beberapa kali menghadirkan masalah kepada benteng pasukan lawan.

Luqman Hakim puasa 17 jam, hanya bersahur ringan
Pemain kelab Belgium, KV Kortrijk, itu berkongsi dia hanya bersahur secara ringan dan turut memasak juadah kegemarannya pada Ramadhan pertama.