PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, cukup teruja untuk menjalankan ibadah puasanya buat kali pertama di perantauan.
Pemain kelab Belgium, KV Kortrijk, itu turut berkongsi betapa dia hanya bersahur secara ringan dengan buah kurma bagi menghadapi tempoh berpuasa selama 17 jam selain turut memasak juadah kegemarannya pada Ramadhan pertama.
"Sekarang sudah masuk hari kedua. Semalam seperti biasa sahaja kerana tiada sesi latihan tetapi hari ini lebih mencabar kerana ada latihan selama dua jam.
"Letih memang letih tetapi hendak buat macam mana, saya kena paksa diri juga.
"Kalau di Malaysia, latihan dalam bulan puasa cuma pada waktu malam tetapi di sini (Belgium), kami ada latihan di sebelah pagi.
"Saya bersahur pada jam 4.00 dan pada 4.30 sudah tamat waktu bersahur. Saya hanya bersahur kurma, roti, yogurt dan air.
"Saya makan kurma untuk tenaga dan bagi saya, ia tiada masalah kerana latihan saya hanya dua jam dan boleh berehat pada sebelah petang.
"Menu semasa hari pertama berpuasa, saya terasa mahu makan nasi goreng tomyam, jadi saya ke kedai Asia di sini untuk membeli apa yang patut dan masak nasi goreng tomyam bersama udang.
"Saya hendak rasa makanan Malaysia pada hari pertama untuk mendapatkan semangat," katanya.
Astro Arena
Thu Apr 15 2021

LUQMAN: Saya hendak rasa makanan Malaysia pada hari pertama untuk mendapatkan semangat. - Astro ARENA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Salah, Konate berbuka puasa tepi padang raih perhatian penonton
Pengadil membenarkan permainan dihentikan seketika semasa kemenangan Liverpool ke atas Sheffield United untuk pemain berbuka puasa.
![[KOLUMNIS] Jaga adab tutur kata pelihara keharmonian [KOLUMNIS] Jaga adab tutur kata pelihara keharmonian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712222284_OrangRamai.jpg)
[KOLUMNIS] Jaga adab tutur kata pelihara keharmonian
Ramai antara kita yang telah melakukan perbuatan yang mengurangkan atau menghapuskan pahala puasa itu sendiri.

Perdana Menteri luang masa tinjau bazar Ramadan di Kangar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Persiaran Wawasan di sini, bersempena dengan lawatan singkatnya ke Perlis.

Jadikan tadarus al-Quran program rutin bukan sahaja di bulan Ramadan
Apakah kaedah terbaik bagi kita mencari masa dan meluangkan waktu yang ada demi terus membaca dan mentaddabur al-Quran?

Ramadan: Jari-jemari juga perlu berpuasa
Di bulan Ramadan, bukan sahaja perlu menahan lapar dan dahaga, sebaliknya, apa yang ditaip dan ditulis juga harus tidak menyinggung perasaan orang lain.

Lee akan luangkan masa berbuka puasa bersama komuniti Muslim pada Ramadan kali ini
Lee berkata semasa tempoh ini, beliau juga menggalakkan mereka yang lain melakukan perkara yang sama.

Operasi kantin sekolah berjalan seperti biasa pada Ramadan - Fadhlina
Murid bukan Islam khususnya akan turut diterapkan dengan nilai-nilai kesedaran supaya lebih faham tentang ibadah puasa bagi orang Islam.

Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di negara itu untuk cuba melihat anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Selasa
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Selasa, iaitu 12 Mac 2024.

Agong, Permaisuri berkenan berbuka puasa bersama warga ATM
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama warga ATM di Masjid Khalid Al-Walid.