Kejayaan luar biasa kontinjen negara membawa pulang satu pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa di Temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) edisi kedua merupakan cermin kejayaan yang bakal diraih atlet negara pada cabaran sebenar temasya Sukan Olimpik Rio di Brazil 2016 dan Olimpik Tokyo, Jepun pada 2020.
Kontinjen negara YOG 2014 bukan hanya berjaya mengatasi pencapaian pada edisi pertama sebelum ini, iaitu dua pingat perak yang disumbangkan oleh ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamng di Singapura, empat tahun lepas, tetapi turut membuktikan bahawa Malaysia kini setanding dengan kuasa sukan besar dunia.
Empat pingat negara pada YOG 2014 disumbangkan oleh pemain badminton pelapis negara, Cheam June Wei yang meraih pingat emas dalam acara beregu campuran antarabangsa, penerjun negara, Loh Zhiayi dalam acara 10m platform individu (pingat perak) dan 3m papan anjal individu wanita (pingat gangsa) serta pemanah negara, Muhamad Zarif Syahiir Zolkifli, (pingat perak) acara recurve campuran antarabangsa.
Kejayaan itu dianggap luar biasa apabila sebelum ini, Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri mahupun Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berani meletakkan sebarang sasaran pingat sebelum 20 atlet remaja negara berlepas ke Nanjing.
Ketua pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Seri Zolkples Embong berharap pendedahan berguna itu akan dijadikan sebagai pendorong kepada atlet remaja negara untuk menyusun langkah bagi mengejar kejayaan pada masa hadapan tidak kira apa jua kejohanan.
"Mereka (atlet) adalah pelapis yang akan menggantikan atlet elit pada masa hadapan dan kita di MSN berharap hasil daripada usaha itu dapat dicapai pada Olimpik Rio 2016 ataupun Olimpik Tokyo 2020," katanya ketika dihubungi wartawan Bernama dari Nanjing, China hari ini.
Zolkples berkata berdasarkan pencapaian di YOG 2014, beliau dapat lihat peluang cerah menanti atlet remaja negara sekiranya mereka terus berusaha gigih dan mengekalkan persembahan secara konsisten.
"Kejayaan ini adalah hasil program empat tahun yang dianjurkan MSN bagi melahirkan lebih ramai bakat baharu yang mempunyai kemampuan dan berkebolehan untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa sejajar dengan misi negara untuk meraih pingat emas pertama negara di peringkat Sukan Olimpik," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai pencapaian keseluruhan atlet negara di YOG 2014, Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Jefri Ngadirin berkata semua atlet remaja berjaya memberi saingan hebat di Nanjing walaupun mereka terpaksa berdepan atlet handalan dunia dalam misi memburu pingat di Nanjing.
"Sekiranya mereka (atlet) diasuh dengan baik maka negara pasti akan mendapat hasil dalam jangka masa empat atau lima tahun lagi dan saya jangka satu atau dua orang atlet YOG 2014 mungkin terpilih untuk menggalas cabaran negara di Olimpik Rio pada 2016," katanya.
Beliau berkata impian tersebut hanya dapat dicapai sekiranya persatuan sukan kebangsaan cepat bertindak menyusun program bagi atlet YOG 2014 apabila mereka pulang ke tanah air nanti.
Mengulas mengenai sukan badminton, Jefri berkata penyumbang pingat emas pertama negara, Cheam berjaya membuktikan bahawa beliau mampu pergi jauh dalam sukan itu.
"Walaupun Cheam gagal di saingan suku akhir acara perseorangan individu lelaki, namun dia mempunyai bakat besar jika segera diasah melalui kejurulatihan yang lebih baik oleh pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) agar mampu menyaingi pemain hebat dari negara China, Jepun, Indonesia mahupun negara Eropah," katanya.
Jefri berkata kejayaan penerjun negara Loh meraih satu pingat perak dan satu pingat gangsa di YOG 2014 membuktikan bahawa negara tidak ketandusan atlet terjun dan beliau dilihat mempunyai potensi untuk menyerlah di temasya sukan antarabangsa.
"Loh mempunyai bakat besar dan dilihat mampu menggantikan tempat ratu terjun negara, Pandalela Rinong Pamng satu hari nanti," katanya.
Beliau berkata kejayaan pemanah remaja negara, Muhamad Zarif memenangi pingat perak dalam acara berpasukan antarabansa juga harus diberi pujian apabila pemanah berasal dari Terengganu itu dilihat mempunyai bakat besar dan mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi selepas ini.
Jefri berkata walaupun acara olahraga gagal menyumbang pingat, kejayaan atlet lompat kijang wanita pelapis negara, R. Kirthana menempatkan dalam kelompok lapan terbaik dunia di saingan peringkat akhir harus diberi pujian kerana bukan mudah untuk layak ke final kategori A dalam sukan olahraga.
"Atlet gimnastik lelaki negara, Jeremiah Loo Phay Xing juga berjaya menempatkan diri dalam kelompok tujuh terbaik dunia dalam acara palang sejajar dan lapan terbaik dunia dalam acara kekuda berpelana membawa sinar baharu dalam sukan gimnastik artistik negara setelah lama Malaysia ketandusan atlet dalam acara tersebut," katanya.
Pada edisi kali ini, Malaysia menghantar 20 atlet mengambil bahagian dalam 10 daripada 28 jenis acara sukan yang dipertandingkan.
Acara sukan tersebut ialah akuatik (renang dan terjun), badminton, gimnastik (artistik dan gimrama), golf, memanah, menembak, olahraga, pelayaran, taekwondo, dan juga ekuestrian.
Bernama
Fri Aug 29 2014
Pencapaian di Nanjing cermin kejayaan untuk Sukan Olimpik
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Jin Wei sumbang emas pertama Malaysia di Olimpik Remaja
Pemain pilihan ketiga itu menyingkirkan pilihan kedua dari China, Wang Zhiyi dengan 16-21, 21-13 dan 21-19 pada perlawanan akhir di Technopolis.
Skuad hoki lelaki cipta sejarah layak ke Sukan Olimpik Remaja
Empat gol padang skuad kendalian Wallace Tan itu dijaringkan Akhimullah Anuar Esook pada minit keempat dan ketujuh; Noor Firdaus Rosdi (minit kelima) dan Amirul Hamizan Azahar (minit ke-22).
Pencapaian di Nanjing cermin kejayaan untuk Sukan Olimpik
Kejayaan luar biasa kontinjen negara merupakan cermin kejayaan yang bakal diraih atlet negara pada cabaran sebenar temasya Sukan Olimpik.
YOG 2014: Loh cipta kejutan raih Pingat Perak acara terjun
Penerjun wanita negara Loh Zhiayi mempamerkan aksi di luar jangkaan untuk merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik Remaja.
Pemanah negara bermula baik di YOG 2014
Muhamad Zarif Syahiir Zolkifli berjaya mengatasi pemanah dari Slovakia, Balaz Boris dengan mata kemenangan 6-2 pada Sabtu.