KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah meletakkan penanda aras baharu bagi mengelakkan masalah kebajikan pemain terus berulang pada musim depan, apabila tidak memperbaharui lesen dua pasukan Liga Super.
Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dalam kenyataan memaklumkan, tindakan itu dapat mengetengahkan suara pemain untuk didengari, sekali gus menjamin persekitaran yang bebas daripada sebarang bentuk masalah kebajikan, terutamanya tunggakan gaji.
"PFAM sentiasa bersedia dan terbuka untuk menjalinkan kerjasama bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MFL bagi membantu serta membela nasib pemain yang terkesan secara langsung daripada situasi ini (tunggakan gaji).
"Justeru, PFAM berharap semua pihak terus bersama-sama mendukung aspirasi untuk menolak sebarang bentuk penindasan hak terhadap pemain kerana pemain merupakan aset penting yang perlu dibela demi masa depan bola sepak yang lebih cerah," menurut kenyataan itu.
Semalam, Melaka United FC dan Sarawak United FC gagal menempah slot untuk beraksi dalam saingan Liga Super 2023 kerana gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan mengikut Peraturan Pelesenan MFL 2022, dan mempunyai tempoh sehingga sebelum Rabu depan (19 Okt) untuk mengemukakan rayuan.
Melaka United gagal mengemukakan bukti pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai sehingga Jun dan Ogos tahun ini.
Sarawak United pula gagal memenuhi kriteria kewangan dan kesukanan serta mempunyai dua kes dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dengan Kamar Penyelesaian Pertikaian FIFA (DRC) telah membuatkan keputusan terhadap bekas pemain, Sandro Da Silva Mendonca dan Taylor Francis George Regan.
Sementara itu, pemerhati bola sepak tempatan Profesor Madya Dr Zulakbal Abd Karim menyifatkan keputusan yang dibuat oleh First Instance Body (FIB) itu, wajar dipuji kerana kualiti lebih baik daripada kuantiti demi kelancaran penstrukturan baharu Liga Malaysia musim depan.
"Saya lihat tindakan ini memang wajar untuk diambil menunjukkan sendiri ketegasan FIB dan MFL sebab kalau kita biarkan, isu gaji dan sebagainya memang tidak akan habis bahkan akan menganiaya pemain.
"Saya sendiri lebih suka untuk katakan kita perlu mengambil berat kualiti daripada kuantiti dan hanya mereka yang betul-betul layak sahaja beraksi dan jika MFL tidak tegas, saya rasa tiada pasukan yang akan menghormati peraturan selepas ini," katanya menerusi kenyataan berasingan.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam Mohd Sadek Mustafa pula mengharapkan keputusan ini akan membuka mata banyak pihak untuk tidak lagi mengambil mudah aspek kewangan pasukan selepas ini, selain lebih bertanggungjawab dalam mencari dana untuk menjaga kelab dengan lebih baik.
"Apa yang berlaku memperlihatkan pengurusan dan modal pasukan dalam melaburkan sumber kewangan merupakan satu risiko, dan ia sesuatu bukan mudah untuk menguruskan kelab," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022
![Penanda aras baharu dalam menjamin kebajikan pemain - PFAM Penanda aras baharu dalam menjamin kebajikan pemain - PFAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41664773658_Football.jpg)
Tindakan itu dapat mengetengahkan suara pemain, sekali gus menjamin persekitaran yang bebas daripada sebarang bentuk masalah kebajikan. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Penanda aras baharu dalam menjamin kebajikan pemain - PFAM Penanda aras baharu dalam menjamin kebajikan pemain - PFAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41664773658_Football.jpg)
Penanda aras baharu dalam menjamin kebajikan pemain - PFAM
Tindakan itu dapat mengetengahkan suara pemain, sekali gus menjamin persekitaran yang bebas daripada sebarang bentuk masalah kebajikan.
!['Nilai kami sebagai aset pasukan, bukan barang dagangan pakai buang' - PFAM 'Nilai kami sebagai aset pasukan, bukan barang dagangan pakai buang' - PFAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607993609_GajiPerlis.jpg)
'Nilai kami sebagai aset pasukan, bukan barang dagangan pakai buang' - PFAM
Presiden Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Mohd Safee Sali meminta pasukan bola sepak tempatan agar menghargai pemain dan tidak mengambil kesempatan ke atas mereka.
![Pengurusan baharu Kafa diminta ambil perhatian kebajikan pemain, jurulatih Kelantan Pengurusan baharu Kafa diminta ambil perhatian kebajikan pemain, jurulatih Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61534437578_yusrichelah.jpg)
Pengurusan baharu Kafa diminta ambil perhatian kebajikan pemain, jurulatih Kelantan
Nasib pemain perlu dibela kerana rata-rata masih tidak menerima bayaran gaji dalam tempoh hampir tiga bulan.