KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Mohd Safee Sali meminta pasukan bola sepak tempatan agar menghargai pemain dan tidak mengambil kesempatan ke atas mereka.
Penyerang Kuala Lumpur City FC itu berkata isu kebajikan pemain seperti tunggakan gaji, manipulasi kontrak, pemain tidak dilindungi insurans, pemain cedera tidak mendapat perhatian sewajarnya dan gaji dipotong kerana kecederaan adalah antara isu yang sentiasa menghantui pemain bola sepak profesional di Malaysia.
Beliau berkata PFAM menerima pelbagai aduan daripada pemain mengenai permasalahan berkaitan kebajikan dan hak mereka yang dikhuatiri membantutkan usaha membangunkan sukan bola sepak negara.
"Isu yang saya nyatakan ini sepatutnya tidak berlaku di era profesional. Ia jugak tidak berlaku di negara maju. Nilailah kami sebagai aset pasukan, bukan sebagai barang dagangan yang sesuka hati dipakai buang.
"Selaku pemain, percayalah sekiranya kelab benar-benar menghargai kami, kami akan lebih bersungguh-sungguh untuk bermain demi kelab kerana ingin membalas kepercayaan yang diberikan kepada kami," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Tanpa berniat menyebelahi sesiapa, Mohd Safee berkata orang ramai boleh menilai bekas pasukannya iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC apabila pemain sentiasa berusaha keras serta memberikan segala-galanya di atas padang kerana budaya profesionalisme yang sangat tinggi diterapkan oleh pengurusan pasukan.
Beliau berkata selaku bekas pemain di bawah kepimpinan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mewakili JDT, baginda sangat menitikberatkan aspek kebajikan pemain dan turut membantu pemain yang telah bersara.
"Ironinya juga sekalipun TMJ adalah pemilik kelab, TMJ juga agak lantang menyuarakan hal kebajikan pemain dan ini sepatutnya menjadi contoh buat pemilik kelab lain untuk berbuat hal yang sama," katanya.
Mohd Safee turut memaklumkan PFAM sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada pasukan khususnya pemilik kelab untuk mengadakan perbincangan bagi berkongsi hal ehwal pengurusan kebajikan pemain.
Bekas pemain Selangor itu juga menyeru pemain yang berdepan masalah berkaitan kontrak dengan pasukan agar tampil membuat aduan rasmi kepada PFAM agar mereka boleh membantu memperjuang hak pemain terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 05 2021
Selaku bekas pemain di bawah kepimpinan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mewakili JDT, baginda sangat menitikberatkan aspek kebajikan pemain dan turut membantu pemain yang telah bersara. - Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
'Nilai kami sebagai aset pasukan, bukan barang dagangan pakai buang' - PFAM
Presiden Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Mohd Safee Sali meminta pasukan bola sepak tempatan agar menghargai pemain dan tidak mengambil kesempatan ke atas mereka.
RM1500 menanti Pemain Terbaik Bulanan Liga M
Pemain di Liga Malaysia bakal menerima habuan sebanyak RM1,500 sekiranya berjaya dinobat Pemain Terbaik Bulanan Liga Malaysia musim ini.