BERATUS-ratus penyokong kelab Liga Brazil, Atletico Mineiro sanggup beratur dalam hujan lebat untuk mendapatkan tatu percuma ditawarkan penaja kelab itu bagi meraikan kejuaraan liga Brazil pertama dalam tempoh 50 tahun.

Atletico merangkul kejuaraan Serie A pada 2 Disember lalu, apabila menewaskan Bahia 3-2 yang mencetuskan sambutan meriah di negeri kelahiran kelab tersebut, Minas Gervais.

Galo kendalian Cuca itu kemudiannya menjulang trofi kejuaraan di hadapan 62,000 penyokong selepas menewaskan Red Bull Bragantino 4-3.

Rentetan itu, sebuah syarikat pemaju MRV menawarkan tatu percuma kepada 1,000 penyokong Galo sebagai hadiah meraikannya kesetiaan penyokong kelab tersebut.

Pemain ke-12 pertama mula beratur pada sekitar jam 10 malam pada Ahad kemudiannya keesokan hari walaupun keadaan cuaca mendung dan hujan renyai.

MRV mengupah 30 artis tatu untuk meninta reka bentuk di stadium yang sedang dibina untuk kelab itu.

Para penyokong Atletico ditawarkan empat reka bentuk tatu: ayam jantan, yang merupakan simbol kelab, trofi liga, Arena MRV baharu atau pilihan keempat yang berbunyi "O Galo Ganhou (Ayam jantan menang) 02.12.2021."

Untuk para penyokong, mereka harus berumur lebih dari 18 tahun, menunjukkan bukti vaksinasi Covid-19 dan menyerahkan satu kilogram barang kering untuk amal.

"Saya sentiasa mempunyai Galo di hati saya dan kini mempunyainya pada badan.

"Saya sangat emosi. Saya tidak pernah terfikir akan mempunyai keberanian (untuk melaluinya). Lihatlah betapa cantiknya,” kata Terezinha das Graças Lancuna, 73 tahun yang mendapat tatu ayam jantan di lengan kirinya.


Artikel asal di Sinar Harian