PELAKON Fadlan Hazim antara selebriti tempatan yang meluangkan masa cuti sempena sambutan Aidilfitri tahun ini dengan berehat di pulau Bali, Indonesia.

Menerusi kemas kini foto di media sosialnya sejak beberapa hari lalu, Fadlan sempat berkunjung ke beberapa lokasi ikonik tumpuan pelancong antaranya di Uluwatu dan Pantai Kuta.

Malah, menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Fadlan berkongsi beberapa keping foto yang tidak berbaju sambil bersantai di tepi pantai yang dipenuhi dengan kehadiran pelancong.

Namun, yang menjadi tumpuan netizen serta peminatnya adalah tatu palsu pada bahagian betis kanannya yang dilekatkan ketika berada di sana.

Peminatnya risau, seandainya tatu itu disalah anggap oleh segelintir pihak dan mengundang fitnah.

"Pakai tatu ker bang? Takut jatuh fitnah.

"Maaf bang, kami ini sebagai peminat abang takut benda macam inilah, kami ini tengok dari gambar mana nak tahu itu tatu betul, palsu atau inai.

"Suka betul kumpul fitnah. Baik cakap awal-awal tatu itu sementara," tulis beberapa pengguna.

Fadlan bagaimanapun tidak berdiam diri sebaliknya mengandaikan setiap peminatnya sudah bijak untuk menilai.

"Tak payah kot, korang semua sudah cukup bijak," tulis Fadlan.

Bagaimanapun, ada antara peminatnya yang meminta agar warganet tidak terburu-buru meletakkan hukum dan menganggap hal (tatu sementara) itu secara terbuka.

"Itu benda biasa jelah. 'Just for fun. It's okay'. Memang orang pergi sana buat macam itu. Kita buat apa yang kita suka apabila dapat bercuti macam ini," demikian pujuk peminatnya.

* Artikel asal disiarkan di Gempak.