Noe Hernandez, yang memenangi pingat perak dalam lumba jalan kaki pada Sukan Olimpik Sydney 2000, meninggal dunia akibat serangan jantung di Mexico Tengah pada hari Rabu, dua minggu selepas ditembak di kepala di sebuah bar.

Bekas atlet yang berumur 34 tahun mati dalam perjalanan ke hospital selepas dia mengalami dua serangan jantung di rumahnya, kata kerajaan negeri Mexico dalam satu kenyataan.

Hernandez berada di bar yang dipanggil ‘Queen of Kings’ pada 30 Disember apabila lelaki bersenjata menembak dia dan beberapa pelanggan lain, termasuk dua yang meninggal dunia. Hernandez kehilangan sebelah matanya dalam kejadian tersebut.

Tiada siapa yang telah ditahan dalam kes itu setakat ini.