Orang ramai yang ingin menyaksikan upacara pembukaan Sukan SEA ke-29 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 Ogos ini digalakkan untuk tiba dua jam lebih awal bagi mengurangkan kesesakan di kawasan sekitar stadium.
Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC), dalam kenyataan hari ini, berkata, orang ramai turut digalakkan menggunakan kemudahan pengangkutan awam yang tersedia bagi membantu melancarkan trafik di kawasan stadium.
"Untuk makluman, pintu stadium akan dibuka seawal 4 petang, manakala program praacara pula akan bermula 6 petang sebelum upacara pembukaan berlangsung pada pukul 8 malam," menurut kenyataan itu.
MASOC berkata, pihak mereka telah bekerjasama dengan Prasarana dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat untuk mengambil beberapa insiatif, antara lainnya, melanjutkan operasi LRT Laluan Sri Petaling di Stesen Bukit Jalil sehingga 1 pagi.
"Perkhidmatan KTM Komuter juga akan dilanjutkan waktu dengan butiran sepenuhnya yang akan diumumkan tidak lama lagi," katanya.
Bagi pengguna perkhidmatan bas pula, MASOC berkata, RapidKL akan menyediakan perkhidmatan bas khas dengan kekerapan 10 hingga 15 minit dari tujuh lokasi ke Stadium Nasional Bukit Jalil, iaitu di Terminal Jalan Reko, Kajang; Ampang Point, Ampang; Greenwood, Gombak; Hentian Bandar Shah Alam; Perhentian Bas KLCC; Platform C, Pasar Seni; dan di hadapan NU Sentral, KL Sentral.
"Perkhidmatan ke Stadium Nasional Bukit Jalil bermula dari 5 petang hingga 8 malam, manakala perkhidmatan dari stadium akan beroperasi dari 10.30 malam hingga 1 pagi," menurut kenyataan itu.
Bagi memudahkan orang ramai menaiki perkhidmatan pengangkutan awam, MASOC berkata, 18,000 tempat letak kereta disediakan di rangkaian perkhidmatan rel di sepanjang laluan ke Bukit Jalil.
Bagi mereka yang ingin menaiki kenderaan persendirian ke stadium pula, sebanyak 3,500 tempat letak kereta disediakan di kawasan Kelab Lumba Kuda Selangor yang akan dibuka bermula 3 petang, dan bayaran sebanyak RM5 dikenakan bagi setiap kereta.
"Perkhidmatan shuttle juga disediakan dengan kekerapan selang 10 minit untuk membawa orang ramai dari tempat letak kereta tersebut ke kawasan stadium, tiada sebarang bayaran dikenakan," menurut kenyataan itu.
MASOC turut mengingatkan orang ramai agar tidak meletakkan kenderaan di tepi jalan di sekita kawasan stadium bagi mengelakkan kenderaan mereka ditunda.
Bagi zon menurunkan penumpang awam, kawasan yang dibenarkan hanyalah di kawasan Arena Green Apartment dan kawasan berdekatan Stesen LRT Sri Petaling, serta di pintu masuk Kompleks Majlis Sukan Negara berdekatan Sekolah Sukan Bukit Jalil.
"MASOC berharap orang ramai dapat merancang perjalanan masing-masing, khususnya untuk ke upacara pembukaan nanti serta dapat mematuhi panduan yang telah diberikan bagi mengelakkan sebarang kesesakan lalu lintas," katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini di laman media sosial KL2017 - laman rasmi: http://kualalumpur2017.com.my; Facebook rasmi: Kuala Lumpur 2017; Twitter: @KL2017; Instagram: kualalumpur2017; dan Youtube: Kuala Lumpur 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2017
Orang ramai yang ingin menyaksikan upacara pembukaan Sukan SEA di Stadium Nasional Bukit Jalil digalakkan untuk tiba dua jam lebih awal.
AWANI Pagi: Penyelidikan bencana berasaskan komuniti
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Editor Kanan Nazri Kahar menemubual Prof Dr Syamsidik, Profesor Kejuruteraan Hidraulik, Pusat Studi Tsunami Dan Mitigasi Bencana (TDMRC), Universitas Syiah Kuala mengenai proses pemulihan pasca tsunami 2004 menggunakan pendekatan pengurusan bencana berasaskan komuniti sehingga menjadikan Aceh sebuah makmal hidup (living lab) terbaik pernah disaksikan selepas berlakunya tsunami dua dekad lalu.
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Pengendali Leicester City itu berasa kagum melihat peminat The Red Devils di Kuala Lumpur.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial
Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
AWANI Ringkas: TPM: Fahami kepentingan perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Iran angkat sekatan ke atas WhatsApp, Google Play
Langkah ini merupakan antara usaha pertama untuk mengurangkan sekatan internet di negara tersebut.
Bahang Sukan Para ASEAN 2017 kian dirasai
Kehangatan temasya itu kini mula dirasai apabila sebahagian besar atlet yang bakal mengambil bahagian tiba di Malaysia sejak pagi Rabu.
MASOC: Semua atlet yang alami keracunan makanan stabil, sedang dipantau
Beberapa atlet Sukan SEA negara yang menginap di sebuah hotel, telah mengalami keracunan makanan.
Pembukaan SEA 2017: Hadir ke Bukit Jalil dua jam lebih awal - MASOC
Orang ramai yang ingin menyaksikan upacara pembukaan Sukan SEA ke-29 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 Ogos ini digalakkan untuk tiba dua jam lebih awal bagi mengurangkan kesesakan.
Kontinjen Sukan SEA tidak dibenar masak sendiri
Datuk Seri Zolkples Embong berkata ia adalah bagi memastikan keselamatan dan menggelak atlet dan pegawai dari negara lain mengalami masalah kesihatan seperti keracunan makanan.
Sukan SEA: Tiket KL2017 mula dijual selepas Aidilfitri
Datuk Seri Zolkples Embong berkata MASOC telah menetapkan beberapa jenis sukan yang akan dikenakan tiket serta acara-acara yang tidak dikenakan bayaran.
Sukan SEA: Dataran Merdeka belum pasti jadi venue memanah
Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) mampu untuk mengambil alih tugas sebagai venue acara memanah dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, 19 hingga 30 Ogos depan.
Para ASEAN: Semua kontinjen perlu serah nama selewat-lewatnya Julai
Kesemua 11 negara yang menyertai Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 diberi tempoh sehingga Julai ini untuk menyerahkan senarai nama atlet yang bertanding.
Lebih banyak penajaan diperlukan untuk Sukan SEA - MOM
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berharap lebih banyak syarikat swasta tampil untuk menaja Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Nombor plat 'RIMAU' untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017
MASOC berasa sukacita untuk melancarkan penjualan nombor plat Rimau sebagai sebahagian daripada rancangan pemasaran dan promosi untuk memperingati Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9.
Catur dalam senarai akhir 16 sukan pada Sukan Para ASEAN 2017
Sukan Para ASEAN kesembilan akan menampilkan 16 sukan, dengan catur secara rasmi tersenarai pada temasya sukan dwitahunan itu yang akan berlangsung dari 17 hingga 23 Sept, tahun depan.